• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Masih Buru Suspek Kes Samun Parang

oleh AK-47
06/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING Jaya – Polis kini sedang giat memburu suspek yang menyerang dan merompak beberapa wanita di depan pondok keselamatan sebuah kawasan perumahan di Ara Damansara, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zaini Che Din bagaimanapun berkata, pihaknya telah menemukan kenderaan jenis Honda Civic berwarna putih yang digunakan suspek selepas berlaku kejar-mengejar di sekitar kawasan Flat Desaria, di sini.

“Telah berlaku kejar mengejar sehingga saspek telah melanggar sebuah kereta yang berada di hadapannya dan kemudian telah melanggar kereta peronda polis.

“Apabila sampai berdekatan lampu isyarat di Flat B10 Desa Mentari 2, suspek cuba melanggar kereta peronda semula. Pada ketika itu, pemandu kereta peronda telah bertindak melepaskan tembakan ke arah saspek bagi membuat tangkapan.

bej2 bej

“Tembakan telah terkena pada cermin hadapan kereta suspek. Namun dia berjaya melarikan diri sebelum meninggalkan keretanya di bawah Flat Desa Mentari,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut, polis turut menjumpai sebilah parang, sebuah topi keledar berwarna merah dan beberapa paket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis Syabu.

Suspek merupakan seorang lelaki Melayu dan mempunyai lapan rekod lampau bersabit kes jenayah.

suspek

Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran. -MYNEWSHUB.CC

Tags: laporan polisParangsamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sing Sing Coffee Sdn. Bhd. (Sing Sing Coffee) membuat laporan polis serta mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya...

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' membuat tiga laporan polis susulan insiden membabitkan dirinya termasuk kes terbaharu di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd