• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Remaja Terlibat Kes Samun Di Ara Damansara

oleh AK-47
07/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun di Ara Damansara, Petaling Jaya awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata remaja lelaki yang berusia 17 tahun itu dipercayai mempunyai kaitan melakukan samun terhadap dua pelajar perempuan di kawasan itu kira-kira 3.40 pagi semalam.

Katanya, susulan kejadian samun itu polis melakukan rondaan di sekitar Desa Ria, Petaling Jaya dan terserempak kereta jenis Honda Accord yang dipercayai terlibat dengan kes samun itu, sebelum mengarahkan lelaki yang berada di dalam kenderaan itu berhenti.

Namun, lelaki berkenaan bertindak memecut keretanya dan merempuh kereta peronda polis sehingga polis terpaksa melepaskan lima das tembakan bagi memberhentikan kenderaannya.

“Bagaimanapun, lelaki itu sempat melarikan diri dan meninggalkan keretanya di Desa Mentari,” katanya di sini hari ini.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu polis menemui beberapa paket plastik yang disyaki dadah jenis heroin, parang dan topi keledar,” katanya.

Siasatan awal juga mendapati lelaki berkenaan disyaki terlibat dengan kes samun seorang penjawat awam di sebuah stesen minyak di Kelana Jaya, Selangor pada 23 Sept lepas,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata, Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana kesalahan memiliki dadah, katanya.

Mohd Zani berkata, dalam kejadian 3.40 pagi semalam, dua penuntut kolej yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi telah diekori sebuah kereta Honda Accord berwarna putih.

Mangsa yang disedari diekori kemudian memasuki kawasan perumahan berhampiran Ara Damansara, Petaling Jaya dan meminta bantuan pengawal keselamatan di situ untuk membuka palang pagar, tetapi tidak dibenarkan atas alasan bukan penduduk di situ.

Menurutnya, suspek kemudian keluar dari kenderaannya bersama sebilah parang panjang dan mengacukan ke arah mangsa sebelum menyamun sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM1,000 milik kedua-dua mangsa sebelum melarikan diri.

Kes itu menjadi viral apabila dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masing-masing berdurasi 75 saat dan 35 saat mengenai kejadian itu tersebar di laman sosial. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd