• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

POKB Tanggung Kos Rawatan Pesakit Kanser Di Jeli

oleh
23/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) akan menanggung kos rawatan kemoterapi seorang pesakit kanser payudara tahap tiga, Fauziah Shafie sehingga sembuh, kata Presidennya Datuk Sheikh Ahmad Dusuki.

Selain kos rawatan kemoterapi, Ahmad Dusuki berkata badan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan menanggung kos pengangkutan Fauziah, 42, yang menetap di Batu Melintang di sini, untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

“Fauziah sebelum ini terpaksa berulang-alik dari Batu Melintang ke Kota Bharu bagi menjalani rawatan kemoterapi dengan kos ditanggung sekitar RM300 hingga RM500.

“Ia antara tanggungjawab POKB sebagai badan bukan kerajaan untuk membantu masyarakat terutama pesakit kanser di negeri ini. Kami tidak hanya memberi tumpuan kepada masyarakat di Kota Bharu,” katanya kepada pemberita semasa mengunjungi pesakit berkenaan di Batu Melintang hari ini.

Terdahulu, beliau turut menyumbangkan RM1,000 menerusi Tabung Kasih Kanser POKB bagi meringankan beban yang ditanggung Fauziah.

Sementara itu, Fauziah yang belum berumah tangga terpaksa bergantung harap kepada kakaknya untuk membiayai perbelanjaan rawatannya.

Fauziah berkata dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai selepas menghidap penyakit tersebut, dan mengucapkan terima kasih kepada POKB yang prihatin dengan masalah menimpanya. – BERNAMA

Tags: Kanser Payudara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sel Kanser Payudara Lebih Agresif Serang Lelaki – Pakar

01/04/2021
0

KOTA BHARU - Sel kanser payudara yang menyerang kaum lelaki didapati lebih agresif berbanding dihidapi wanita malah boleh membawa maut,...

Budak 3 Tahun Ada Kanser Payudara Selamat Dibedah

07/12/2018
0

SEORANG budak perempuan berusia tiga tahun berjaya sembuh selepas menjadi pesakit kanser payudara paling muda di dunia. Pesakit tersebut, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd