• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sertai Aktiviti Pemuliharaan Tasik Chini

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa lebih satu jam setengah di Tasik Chini di sini, bagi menyokong usaha pemuliharaan pusat tarikan pelancongan terkenal di Pahang itu.

Beliau tiba di Tasik Chini pada kira-kira 3 petang untuk menyertai masyarakat setempat termasuk Orang Asli, penuntut institusi pengajian tinggi awam dan kumpulan aktivis alam sekitar menamam 350 batang pokok bagi membantu mengurangkan paras karbon dioksida di atmosfera.

Pada program itu, Najib turut menanam pokok Meranti Temak Nipis dan beliau dimaklumkan 350 batang pokok adalah simbolik komitmen kerajaan untuk mencapai tahap kepekatan karbon dioksida di udara yang selamat dan diterima di peringkat antarabangsa iaitu 350 bahagian per juta.

Anggota Parlimen Pekan itu seterusnya melepaskan anak ikan di Tasik Chini sebagai simbolik peningkatan mutu air selain sebagai inisiatif menambah bilangan ikan di tasik itu yang memiliki pelbagai jenis ikan seperti lampam, sebarau dan kelah.

Turut sama dalam lawatan kerja itu ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri Rosli Zul dan Pengarah Perhutanan negeri Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman.

Najib turut merasmikan Kompleks Makmal Air Tawar Tasik Chini yang dibangunkan ECERDC sebagai pusat penyelidikan dan pengawasan mutu air.

Kompleks berkenaan yang merupakan sebahagian daripada Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) terletak di kawasan seluas empat hektar, bertanggungjawab untuk melaksanakan inisiatif penyelidikan, pengurusan, pemuliharaan dan pembangunan ekopelancongan tapak warisan alam semulajadi itu.

UKM merupakan koordinator pertama PPTC sejak penubuhannya pada 2004.- BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd