• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larian Amal Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

oleh Ahmad Albab
23/10/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Taman Tasik Titiwangsa hari ini diceriakan dengan warna merah jambu bagi acara ‘Pink Saves Amazing Race 2016’ bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut setiap Oktober di seluruh dunia.

Lebih 600 peserta lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam acara larian amal sejauh lima kilometer itu yang dianjurkan KPJ Sentosa KL Specialist Hospital.

Mereka termasuk bekas pesakit kanser, kakitangan hospital pakar berkenaan, peserta program ‘Biggest Loser’ di bawah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) dan orang awam.

Pengarah eksekutif hospital pakar itu, Mohd Taufik Ismail berkata ini kali kedua acara itu diadakan sejak tahun lepas untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan wanita melalui pelbagai pemeriksaan pencegahan dan kempen kesedaran penyakit barah itu.

“Kita adakan acara ini bagi memupuk kesedaran dan menggalakkan masyarakat membuat pemeriksaan awal bagi mencegah penyakit kanser payudara seperti membuat pemeriksaan mamogram. Pemeriksaan melalui imbasan ini penting kerana pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa,” katanya kepada Bernama.

Mohd Taufik turut menyampaikan replika cek bernilai RM3,000 kepada Majlis Kanser Negara (Makna).

Sementara itu, Pengerusi Benita Datin Rohana Mustaffa berkata program itu merupakan usaha bagi menyokong perjuangan menentang kanser payudara serta antara aktiviti gaya hidup sihat yang perlu diamalkan semua lapisan masyarakat. – BERNAMA

Tags: payudara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peranti ‘Payudara’ Mudahkan Bapa Menyusu Badan

24/03/2019
0

GOLONGAN bapa mungkin dapat melakukan semua perkara seperti kaum ibu, kecuali melahirkan anak dan memberi susu badan kepada bayi. Bagaimanapun,...

Pakar Kesihatan Bimbang Amalan Seterika Payudara

29/01/2019
0

LONDON - Dianggarkan sehingga 1,000 gadis dan wanita di Britain dipaksa menekap batu panas pada payudara mereka dipercayai bagi menghalang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd