• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan RUU 355 Tidak Harus Dipolemikkan

oleh AK-47
06/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

KUALA LUMPUR – Cadangan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bagi memperkasa mahkamah syariah di negara ini tidak harus dipolemikkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata ini adalah masa yang terbaik untuk menaik taraf bidang kuasa mahkamah itu selepas 32 tahun Akta itu tidak dipinda.

“Usaha untuk memberikan pencerahan itu nampak semakin positif…rakyat semakin memahami. Isu ini sebenarnya mudah iaitu untuk menaikkan taraf mahkamah Syariah (dengan Akta) yang kali terakhir dipinda pada tahun 1984,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata penerangan mengenai RUU 355 itu telah dijalankan supaya ia lebih difahami oleh orang ramai dan dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat Oktober ini.

Pada 26 Mei lalu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-undang Persendirian, iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355), di Dewan Rakyat.

Asyraf Wajdi berkata umat Islam tanpa mengira ideologi parti politik harus sama yang bukan sahaja bersatu tetapi nampak bersatu.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan anugerah maal hijrah peringakat Wilayah Persekutuan iaitu kepada Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin (kategori Tokoh Utama), Sharin Low Abdullah (kategori Korporat), Supt Ghazali Daud (kategori Pendakwah) dan Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal. – BERNAMA

Tags: RUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU 355, RUU Kawalan Tak Sekat Kebebasan Beragama

06/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin...

Kerajaan Giat Usaha Draf RUU 355

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang mempergiat usaha mendraf Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd