• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Sekolah SMK Balung Boleh lanjut Tempoh Tutup Sekolah

oleh Ahmad Albab
06/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, Sabah, yang terlibat dengan insiden pendaratan cemas helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Selasa dibenarkan membuat keputusan sendiri sama ada untuk melanjutkan tempoh penutupan sekolah atau sebaliknya.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata keputusan berkenaan boleh diambil berdasarkan situasi semasa di sekolah itu dan pihak sekolah perlu memaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya terdapat keperluan melanjutkan tempoh penutupan sekolah.

“Maklumat yang akan diambil ialah terkini yang berlaku pada tempat kejadian. Pada hari kemalangan kita buat keputusan sekolah akan tutup dua hari, dan keputusan seterusnya akan dibuat tertakluk keadaan semasa.

Sekiranya diperlukan pengurusan sekolah boleh ambil sehari dua kerana ada kerja-kerja pembersihan, apabila kerja pembersihan berlaku, (pihak sekolah) tak mahu pelajar ada di kawasan sekolah kerana tidak mahu ada bencana-bencana lain,” katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2016, di Auditorium DBP, di sini hari ini.

Hari ini sebuah akhbar tabloid melaporkan SMK Balung masih ditutup berikutan faktor keselamatan dan kerja pengalihan helikopter berkenaan dari kawasan sekolah.

Pengetua SMK Balung, Matnoor Sima dilaporkan berkata, sekolah masih ditutup berikutan faktor keselamatan dan ia berlanjutan sehingga esok.

Dalam pada itu Kamalanathan berkata pihak pengurusan JPN Sabah kini turut berada di Tawau bagi memantau perkembangan sekolah setiap masa.

Ditanya mengenai kos pembaikan dan pembinaan semula bangunan sekolah yang rosak, beliau berkata pihaknya akan membuat analisa kos yang terlibat sejurus Kementerian Pertahanan selesai mengeluarkan pesawat itu dari lokasi kejadian.

“Kami akan lihat kosnya dahulu, selalunya kami akan menanggung kos. Kerajaan perlu menanggung kos kerana ia adalah sekolah kerajaan jadi ia tanggungjawab kami untuk memastikan ia beroperasi kembali seperti sedia kala, “katanya.

Dalam kejadian pada 9.05 pagi Selasa itu, sebuah helikopter Nuri TUDM mendarat cemas di bumbung dewan terbuka di SMK Balung menyebabkan 22 orang cedera iaitu 13 anggota TUDM, lapan pelajar dan pekerja pembersihan SMK Balung. – BERNAMA

Tags: nahas helikopterP.KamalanathanSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd