• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Ulama Pertahan Jakim Isu ‘Pretzel Dog’

oleh AK-47
23/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) kesal dengan tindakan netizen mencemuh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana masih belum mengeluarkan sijil halal kepada syarikat Auntie Anne’s.

Yang Dipertuanya, Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, PUM mengambil pendirian menyokong sepenuhnya pendekatan yang digunakan oleh Jakim dalam menangani isu berkenaan yang diviral di media sosial.

Pensijilan Halal Malaysia mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Piawaian yang diguna pakai ini dapat diterima malah turut menjadi rujukan oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.

“Oleh yang demikian, sangat wajar bagi para pemohon pensijilan Halal Malaysia agar dapat menghormati standard yang telah pun diiktiraf tersebut,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Al-Syeikh Abdul Halim berkata, Islam bukan bertujuan untuk menyusahkan sesiapa tetapi pensijilan halal itu bertepatan dengan prinsip dan tujuan Syariah (Maqasid Syariah).

Baca: Tiada Nama ‘Dog’, ‘Beer’ Elak Keliru Isu Sijil Halal Jakim

Justeru tegasnya, syarat-syarat dan garis panduan oleh Jakim sudah tentu untuk memudahkan proses yang berjalan.

Oleh demikian, katanya, PUM menyeru supaya syarikat-syarikat yang ingin memohon pensijilan Halal Malaysia agar dapat mematuhi piawaian, syarat-syarat dan SOP yang telah digariskan.

“PUM juga berharap orang ramai agar tidak mencemuh sesiapa dalam isu ini. Jangan cepat menuduh dan menyebarkan sesuatu yang tidak benar,” katanya.

Sebelum ini netizen mencemuh Jakim kerana tidak mengeluarkan sijil halal untuk produk makanan Auntie Anne’s iaitu ‘Pretzel Dog’. – MYNEWSHUB.CC

Tags: HalalPUM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikan Belacak Halal Dimakan

13/06/2022
0

PUTRAJAYA : Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dalam kategori haiwan air. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Itu penjelasan...

Suruhanjaya Patuh Syariah Untuk Kawal Selia Ekonomi Halal

30/05/2022
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar kawal selia lebih komprehensif melibatkan ekonomi halal boleh disatukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd