• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan ETS Utara-Selatan Beroperasi 3 Petang

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) laluan utara-selatan yang terjejas ekoran kejadian tren kargo tergelincir di Kampung Bakap berhampiran Stesen Batu Gajah dekat sini, dijangka beroperasi semula mulai pukul 3 petang ini.

Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Badariah Wan Hanafi berkata kelewatan daripada sasaran awal pukul 5 pagi itu berlaku disebabkan beberapa masalah teknikal.

“Namun kerjasama dan usaha keras kakitangan KTMB tanpa henti, satu landasan kereta api dijangka boleh dilalui mulai pukul 3 petang ini.

“Perkhidmatan tren dijangka mengalami kelewatan melebihi 30 minit kerana akan menggunakan satu laluan sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata perkhidmatan ETS bagi laluan utara-selatan akan beroperasi seperti biasa mulai 5 pagi hari ini.

Nawawi berkata ia berikutan kerja membaik pulih laluan tren Ipoh-Kampar sepanjang 100 meter yang terjejas berjalan lancar.

Menjelas lanjut, Siti Badariah berkata kerja mengalihkan gerabak yang tergelincir telah selesai dan kini kerja membaiki landasan yang terlibat sedang giat dijalankan.

Beliau berkata pihaknya masih menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa penumpang yang terkandas ke Stesen Keretapi Ipoh dan Kampar.

Pada kejadian 3.15 pagi pada Jumaat lalu, dua lokomotif dan 40 gerabak dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek, Perak, untuk mengambil muatan simen, tergelincir di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di sini.

Dalam insiden itu, dua lokomotif dan 25 gerabak tergelincir daripada landasan. – BERNAMA

Tags: ETSKTMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Rakyat Johor menikmati satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang lebih pantas dengan perkhidmatan ETS bagi...

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd