Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Sajat Tawar RM10,000 Tangkap...

BELUM pun reda isu pembantu rumah pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri mencuri...

Kes Rizal Mansor Disebut...

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan kepada bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak,...

40 Maut Bedilan Tentera...

SANAA - Sekurang-kurangnya 40 orang, termasuk kanak-kanak yang menghadiri majlis perkahwinan terkorban manakala...

Ucapan Murtad Bukan Kalimah...

SHAH ALAM - Ucapan murtad bukan kalimah yang boleh dijadikan mainan semata-mata diungkapkan...

Superbike Terpelanting Bergesel Van Kurier

VIDEO dashcam sebuah kenderaan terakam aksi superbike atau motosikal berkuasa besar dilanggar lari oleh van kurier berwarna putih di sebatang jalan raya.

Menurut informasi laman Kelab Info Malaysia, video yang dimuat naik semalam itu dikatakan berlaku di Senai, Johor.

Video berdurasi kurang 30 saat itu memaparkan sebuah superbike cuba memotong kenderaan yang berada di laluan kanan sebelum bergesel dengan van dari jenis TNT yang meluncur laju dari arah kirinya.

Penunggang Superbike Terpelanting Bergesel Van Kurier

Penunggang Superbike Terpelanting Bergesel Van Kurier

Malang buat si penunggang superbike apabila terbalik dan terpelanting dari motor ditunggangnya. Manakala van berkenaan pula dilihat berhenti seketika sebelum berlalu meninggalkan tempat kejadian.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak diketahui identitinya dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk kerana masih mampu berdiri dan selamba berjalan ke arah motosikalnya.


Rakaman itu telah ditonton lebih 3 ribu kali oleh pengguna Facebook. Rata-ratanya mengecam tindakan pemandu van TNT yang hanya memecut laju seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

Seorang lelaki dikenali sebagai Nurazman Maarof berkata, “Kebanyakan driver van kurier ni bawa kenderaan memang macam haram.”

Manakala Zull Osman berkongsi pengalaman yang berlaku ke atas dirinya, “Selalunya yang jenis bawa melulu dan kurang ajar ini driver muda…. Ini pengalaman sebab aku dah banyak kali dah hampir2 berlanggar dengan kenderaan yang dipandu orang muda… Konon nak tunjuk lagak kat jalan raya…”.

Dan Yuri Nakahara pula, “Nak kena bakar van nih…” -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori