• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Skuter Elak Rempuh Pejalan Kaki Namun…

oleh AK-47
18/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH video yang dimuat naik oleh Kelab Info Malaysia berdurasi beberapa saat memaparkan kejadian seorang wanita berpakaian hitam sedang melintasi sebatang jalan raya.

Menerusi video yang sama, sebuah motosikal jenis skuter dinaiki oleh seorang penunggang dan pembonceng dilihat meluncur laju menghampirinya.

Penunggang dan pembonceng itu cuba mengelak dari merempuh wanita berkenaan namun sebaliknya yang berlaku apabila wanita itu tiba-tiba berlari lalu merempuh mereka.

Kedua-duanya terbabas hingga melanggar pembahagi jalan dan tercampak ke jalan raya bersebelahan. Manakala wanita pejalan kaki itu dilihat turut sama terpelanting dan terbaring di atas jalan raya akibat perlanggaran yang kuat.

Penunggang Skuter Elak Rempuh Pejalan Kaki Namun...

Penunggang Skuter Elak Rempuh Pejalan Kaki Namun...

Video yang dikongsi itu tidak menyatakan bila dan di mana kejadian itu berlaku. Malah identiti ketiga-tiga mangsa juga tidak diketahui.

Selain itu, tindakan wanita berkenaan merempuh skuter tersebut turut menjadi tanda tanya. Tidak dapat dipastikan tujuannya bertindak sedemikian. Adakah ia reaksi spontan yang cuba dilakukan untuk mengelak dari dirempuh ataupun kerana panik.

Jika diperhatikan pada video yang tersebar, wanita pejalan kaki itu tidak menggunakan lintasan pejalan kaki yang berada beberapa meter di hadapannya.

Adalah menjadi kesalahan bagi pejalan kaki untuk melintasi jalan raya sewenangnya tanpa menggunakan kemudahan yang telah disediakan.

Malah kemalangan melibatkan pejalan kaki kebanyakannya berpunca dari salah laku mereka sendiri kerana tidak mematuhi peraturan dan etika keselamatan jalan raya yang telah ditetapkan. -MYNEWSHUB.CC

Tags: motosikalpejalan kakirempuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd