• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Rogol Budak 12 Tahun

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan berasingan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun antara Jun hingga Oktober lalu.

Tertuduh, Mohd Ramzdan Abdul Rahman Wong, 24, minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak tersebut di sebuah rumah beralamat di Flat Taman Setia Jaya, Langgar dekat sini pada 8 pagi, 18 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa merogol mangsa di tempat sama pada penghujung bulan Jun, pukul 9 pagi.

Pertuduhan ketiga pula menyebut tertuduh melakukan kesalahan sama pada mangsa di Flat Taman Setia Jaya, Langgar pada 11 pagi, 5 Okt lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya negeri Ana Rozana Mohd Nor dalam prosiding sebelum itu tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Bagaimanapun tertuduh yang kini dalam proses penceraian merayu agar jaminan diberikan memandangkan tertuduh mahu menjaga ibunya yang kini hanya tinggal bersama adiknya.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh yang merupakan bapa kepada tiga anak atas alasan tertuduh tinggal di kawasan flat yang sama dengan mangsa dan dikhuatiri mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 24 Nov sebagai tarikh sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan. – BERNAMA

Tags: kes rogolpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd