• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Dilepas Tanpa Dibebas Tuduhan Ugut Pekerja, Khianat

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas tanpa membebaskan seorang peniaga Wan Rusli Zain, daripada dua pertuduhan, melakukan ugutan terhadap pekerja dan khianat terhadap restoran nasi kandar Deen Jelutong, di sini, Ogos lepas.

Majistret Catherine Nicholas membuat keputusan itu selepas mendapat arahan daripada Ketua Unit Pendakwaan.

Wan Rusli, 49, didakwa telah menakutkan pekerja restoran itu Abdul Alim Habib Rahuman, 33, dengan ugutan dan menyebabkan kebinasaan harta di restoran nasi kandar Deen Jelutong, pada pukul 12.20 tengah malam, 26 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Wan Rusli didakwa melakukan khianat iaitu sengaja mendatangkan bencana ke atas mesin tunai dan cermin rak makanan di restoran itu menyebabkan kerugian RM3,000 pada masa dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin.

Wan Rusli yang memakai kemeja-T dan berseluar jeans dengan keadaan tangan kanan yang masih berbalut kelihatan lega sebelum meninggalkan mahkamah selepas keputusan dibacakan. – BERNAMA

Tags: Kes Ugutpeniaga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mengapa Bersih Perlukan Kontroversi Kuning vs Merah

Next Post

Rohani: Bapa Budak Jatuh Eskalator Boleh Didakwa Cuai

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

Next Post

Rohani: Bapa Budak Jatuh Eskalator Boleh Didakwa Cuai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd