• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Madu Kelulut Peroleh RM300 Juta Setahun

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Pengusaha industri madu kelulut mampu memperoleh pulangan sebanyak RM280 juta hingga RM300 juta setahun, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Badrul Hisham Mohd.

Beliau berkata berikutan itu, pihaknya berhasrat menjadikan madu kelulut sebagai satu daripada produk terbaharu dalam meningkatkan pendapatan negara.

Katanya mengikut rekod kementerian, terdapat 6,000 penternak kini mengusahakan kira-kira 60,000 sarang kelulut di seluruh negara.

“Setiap sarang berjaya menghasilkan dua kilogram madu dalam sebulan yang dipasarkan dengan harga antara RM150 hingga RM200 sekilogram. Kementerian berhasrat membimbing para penternak madu kelulut ini dan memasarkannya melalui bantuan Mardi (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Keusahawanan Industri Asas Tani di Demong Beach Resort, Besut di sini, semalam.

Badrul Hisham berkata kementerian berkenaan juga mengiktiraf madu kelulut sebagai ‘Super Food’ berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mardi bahawa ia mempunyai khasiat yang tinggi dari segi nutrisi berbanding produk makanan lain. – BERNAMA

Tags: Madu Kelulutpendapatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyelewengan pengurusan...

Jangan Lupa Isytihar Pendapatan Mata Wang Digital

Jangan Lupa Isytihar Pendapatan Mata Wang Digital

03/11/2022
0

Mungkin ada masih mempersoalkan mengapa pemain mata wang digital perlu mengisytiharkan pendapatan mereka dan seterusnya dikenakan cukai. Ikuti Mynewshub: Telegram Artikel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd