• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Kes Juruaudio Kendali Harta Pengganas

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 November depan untuk pengurusan kes seorang juruaudio yang didakwa atas pertuduhan mengendalikan harta seorang pengganas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mustaffa P. Kunyalam memohon tarikh baharu untuk melengkapkan dokumen berhubung laporan forensik kes tersebut daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pada 14 September lepas, Muhammad Nazrul Nooh, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan pengetahuan mengendalikan harta seorang pengganas, dengan cara membenarkan transaksi kemasukan dan pemindahan wang sebanyak RM2,000 daripada akaun Maybanknya, bagi memberi manfaat kepada pengganas berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Damansara Utama, Petaling, Selangor, antara pukul 2.22 petang, 26 April dan 3.03 petang, 29 April lepas, mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta berkenaan, jika sabit kesalahan.

Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli mewakili Muhammad Nazrul. Tertuduh kemudian dibawa ke penjara Sungai Buloh, Selangor. – BERNAMA

Tags: mahkamahpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd