• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Jabatan Di Sabah Dibebaskan Jaminan RM500,000

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang pengarah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan reman berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pengarah itu dibebaskan Majistret Stephanie Sharron Abbie dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan dua penjamin, pada pukul 1 tengah hari tadi.

Pada 11 Oktober lepas, SPRM dibenarkan menahan reman pengarah itu selama lima hari lagi, yang tempohnya berakhir hari ini, selepas tempoh tahanan reman tujuh hari sejak 5 Oktober lepas tamat.

Menurut sumber itu, tempoh tahanan reman terhadap empat individu lain termasuk bekas timbalan pengarah jabatan kerajaan yang ditahan pada Jumaat akan berakhir pada 18 Oktober ini.

Sumber itu menambah SPRM akan meneruskan siasatan termasuk merekodkan kenyataan dan mengumpul bukti berhubung kes tersebut.

Setakat ini SPRM telah merakam percakapan 82 saksi berhubung siasatan kes itu, tambah sumber berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan kes tersebut.

SPRM menahan lima individu terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan yang juga kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Suruhanjaya itu antara lain turut merampas lebih RM114.5 juta, barang kemas bernilai RM3.64 juta dan sebanyak 127 geran tanah dianggarkan bernilai RM30 juta.

Siasatan kes itu akan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 23 Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram. – BERNAMA

Tags: rasuah sabahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd