• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu RM78,000

oleh Ahmad Albab
13/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah urusan di sebuah syarikat pengendali program latihan hari ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan kursus kepimpinan berjumlah RM78,000.

Teoh Phaik Ean, 41, Pengarah Urusan Smart Solutions Training Sdn. Bhd., mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Teoh didakwa mengemukakan tuntutan palsu melibatkan empat yuran kursus termasuk ‘Leadership Starts With Me’ dan ‘Personal Effectiveness’, berjumlah RM78,000 antara 3 Disember hingga 23 Disember 2014, sedangkan kursus itu tidak pernah dikendalikan.

Dia mengemukakan tuntutan palsu itu kepada tiga orang kerani di Unit Tuntutan, Bahagian Kewangan Pembangunan Sumber Manusia Berhad di Wisma Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Jalan Beringin, Bukit Damansara, pada 31 Disember 2014 dan 1 Januari 2015.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak lebih lima kali ganda nilai butiran palsu atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Syakimah Ibrahim menawarkan wang jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Jacky Loi, mewakili Teoh memohon supaya jumlah jaminan itu dikurangkan kerana anak guamnya telah memberi kerjasama kepada SPRM sepanjang siasatan dan tiada kemungkinan untuk dia melarikan diri.

“Anak guam saya yang mempunyai pendapatan RM6,500 sebulan hanya mampu membayar jaminan antara RM20,000 hingga RM25,000 kerana dia ibu tunggal, perlu menyara dua anak remajanya yang masih bersekolah,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 15 November sebutan untuk serahan dokumen. – BERNAMA

Tags: Pengarah UrusanTuntutan Palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Seri Antara 4 Individu Kemuka Tuntutan Palsu Bernilai RM360 Juta Ditahan SPRM

Datuk Seri Antara 4 Individu Kemuka Tuntutan Palsu Bernilai RM360 Juta Ditahan SPRM

29/04/2025
0

Kuala Lumpur: Empat individu termasuk seorang bergelar datuk seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi...

Suami Isteri Didakwa Buat Tuntutan Palsu Lebih RM650,000 Kepada SESB

Suami Isteri Didakwa Buat Tuntutan Palsu Lebih RM650,000 Kepada SESB

17/10/2024
0

TAWAU: Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas 15 pertuduhan mengemukakan dokumen tuntutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd