• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur Wajib Bentang Modul, Aktiviti Kepada PPD

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penganjur program pembinaan jati diri membabitkan murid sekolah kini diwajibkan membentangkan maklumat atau kandungan modul latihan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum aktiviti dilangsungkan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Penganjur termasuk agensi daripada kementerian lain terlebih dahulu perlu membuat penerangan, ulasan dan kandungan kursus kepada PPD sebelum kebenaran diberi kepada pihak sekolah untuk mengikuti program,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Mahdzir yang mengeluarkan arahan itu susulan insiden program jati diri di Perak yang melibatkan ular berkata ia bagi mengelakkan modul latihan yang tidak bersesuaian digunakan dan mempunyai elemen ketakutan melampau.

“Kementerian tiada masalah dan membenarkan program jati diri bagi membina keyakinan diri di kalangan murid atau pelajar diteruskan oleh pihak sekolah tetapi ia mestilah tidak melibatkan perkara yang boleh menimbulkan trauma kepada pelajar,” katanya.

Dalam rakaman insiden yang viral, sekumpulan kanak-kanak perempuan kelihatan menangis dan menjerit-jerit setelah ular dicampakkan ketika melakukan latihan meredah kolam berselut, selain turut disiram air serta disergah supaya tidak gentar menghadapi ujian.

Mengulas insiden itu, Mahdzir berkata ia tidak sepatutnya berlaku jika penganjur mengikuti prosedur operasi standard (SOP) program jati diri yang dianjurkan kementerian.

Mengambil Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RI­MUP) anjuran kementerian sebagai contoh, beliau berkata SOP program berkenaan menetapkan aktivitinya tertumpu kepada usaha mengukuhkan semangat perpaduan dalam jiwa generasi muda berbilang kaum di ne­gara ini.

Mengenai murid dalam insiden itu terbabit, beliau berkata Jabatan Pendidikan Perak dan PPD Kuala Kangsar telah mengambil langkah awal antaranya memberi kaunseling bagi menangani perasaan trauma di kalangan mereka.

Mengenai isu buli, Mahdzir berkata wujud salah faham berhubung cadangan kementerian untuk menggantung persekolahan pelajar yang membuli pelajar lain selama setahun.

Beliau menjelaskan bahawa tempoh hukuman gantung persekolahan itu hanya melibatkan tempoh semasa atau tahun ketika kejadian itu berlaku sahaja, dan hukuman tidak akan melibatkan atau dibawa ke tahun berikutnya.

“Jika kesalahan itu berlaku pada Jun 2016, kes itu hanya akan berkuat kuasa sehingga akhir Disember tahun yang sama, bukannya dibawa sehingga Jun 2017 untuk menggenapkan tempoh setahun hukuman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd