• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengalaman Sukar Dilupa Lihat Heli Mendarat Cemas

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Insiden helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di atas bumbung dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan oleh pelajar di sekolah itu.

Seorang daripadanya, Jaswin Jasmin, pelajar tingkatan lima sekolah itu yang merupakan antara pelajar yang cedera dalam insiden berkenaan.

Menurut Jaswin, dia tidak menyangka helikopter TUDM yang sering beliau lihat melalui kawasan udara sekolahnya melakukan pendaratan cemas, di hadapan matanya sendiri.

Ketika menceritakan insiden tersebut, dia yang tinggal di sebuah taman perumahan bersebelahan dengan kawasan sekolah berkata sebelum itu, dia bersama seorang lagi rakannya sedang makan di kantin yang ketika itu adalah waktu rehat.

Katanya pada mulanya dia mendengar bunyi bising dan selepas itu dia melihat sebuah helikopter jatuh di atas bumbung dewan terbuka yang masih dalam pembinaan, terletak bersebelahan dengan kantin.

“Saya kemudian berlari untuk menyelamatkan diri tetapi kepala saya dihentak besi menyebabkan saya tersungkur.

“Saya kemudian berasa pening dan terdapat darah di kepala sebelum dibantu oleh beberapa orang,” katanya ketika ditemui di sekolah itu selepas menerima sumbangan wang tunai daripada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, malam tadi.

Menurutnya dia kemudian dihantar menerima rawatan di Klinik Kesihatan Balung dan dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Katanya dia kemudian dibenarkan keluar dari hospital disebabkan kecederaan dialaminya tidak serius.

Dalam pada itu, bapa Jaswin, Jasmin Adam, 57, berkata dia bersyukur anaknya terselamat dan hanya mengalami cedera ringan akibat insiden itu.

Menurutnya ketika kejadian dia dan isterinya berada di rumah, mereka ada mendengar bunyi kuat di kawasan sekolah.

Katanya dia kemudian dimaklumkan oleh beberapa penduduk di taman perumahan itu mengenai sebuah helikopter mendarat cemas di kawasan sekolah.

“Saya hanya mengetahui anak saya antara yang cedera selepas melibat gambar anaknya yang dalam keadaan cedera diviralkan,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama di lokasi insiden pagi ini mendapati anggota TUDM sudah memulakan kerja siasatan dan membersihkan kawasan insiden.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Roslan Saad ketika melawat kawasan insiden semalam berkata tempoh dua hingga tiga hari diambil bagi kerja siasatan dan membawa keluar badan pesawat.

Insiden tersebut menyebabkan 22 orang cedera iaitu tiga belas anggota TUDM termasuk dua juruterbang dan seorang juruteknik, yang lain adalah lapan pelajar dan seorang pekerja pembersihan. – BERNAMA

Tags: Mangsanahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

08/03/2025
3

SEREMBAN - Pertubuhan Briged Negaraku bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada keluarga mangsa maut dirempuh sebuah kereta melanggar lampu...

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd