• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penemuan Bom Asap: Siasatan Menjurus Kepada Polis, Tentera

oleh AK-47
05/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung penemuan dua butir bom asap di tempat pembuangan sampah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak di sini semalam, menjurus kepada pasukan polis dan tentera.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata ini kerana, bahan letupan itu hanya dibekalkan kepada dua agensi keselamatan itu untuk kegunaan ketenteraman awam dan pertunjukan seperti demonstrasi Hari Kebangsaan.

dua_bom_asap_ppr

“Ada nombor siri pada bom berkenaan dan pengilang terlibat boleh mengesan kepada siapa bom itu diedarkan. Kita akan menghubungi pihak kilang di Batu Arang.

“Mungkin hari ini atau esok kita akan dapat tahu kepada siapa bahan itu dibekalkan,” pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan bahawa penemuan bom itu mempunyai sebarang unsur keganasan termasuk Perhimpunan Bersih.

Mohamad Roy berkata Unit Pemusnah Bom Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapati bom berkenaan masih aktif tetapi tiada tarikh luput tertera pada bom itu.

“Bom itu dihantar ke Unit Forensik PDRM untuk pemeriksaan,” katanya sambil menjelaskan bom itu tidak mungkin mempunyai kaitan dengan orang awam kerana kilang berkenaan hanya boleh membekalkan bom berkenaan kepada polis atau tentera.

Beliau berkata pada kebiasannya, bahan letupan akan disimpan dalam stor senjata dan ia perlu direkod sebelum dikeluarkan daripada stor.

“Dalam kes ini, kita akan tahu bom itu asal dari mana selepas dimaklumkan kilang berkenaan. Kita akan tengok rekod, siapa yang membawanya keluar dan untuk tujuan apa ia dikeluarkan sama ada untuk kegunaan atau pelupusan,” katanya.

Ditanya bagaimana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) boleh menemui bom itu di PPR Air Panas, Mohamad Roy memberitahu FRU diminta membantu melaksanakan Ops Cegah Jenayah di kawasan itu bermula semalam berikutan kadar jenayah di situ agak membimbangkan.

Katanya anggota FRU yang melakukan operasi di Blok H, PPR itu menemui dua butir bom asap di dalam bungkusan berwarna putih sebelum memaklumkan kepada Unit Pemusnah Bom.

Mohamad Roy berkata pasukan FRU akan bertugas di kawasan itu sehingga indeks jenayah dapat dikurangkan.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata bom asap itu ditemui di PPR itu kira-kira 3.30 petang. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd