• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Lama Sanggup Guna Taktik Hasut Guling Kerajaan

oleh Ahmad Albab
28/10/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seorang pemimpin lama sanggup guna taktik hasut dengan menuduh perjuangan parti yang diketuai Perdana Menteri kini sudah lari daripada perjuangan asal.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata pemimpin lama itu sengaja guna taktik sedemikian sebagai alasan untuk menarik orang ramai menyertai parti ciptaan beliau iaitu PPBM selain memecahbelahkan orang Melayu.

Perdana Menteri menerusi blog www.najibrazak.com hari ini berkata sepanjang 40 tahun perkhidmatannya dalam kerajaan, beliau masih lagi mempunyai perjuangan tersendiri iaitu untuk memajukan agama, bangsa dan negara.

“Namun, sejak akhir-akhir ini, ada seorang pemimpin lama mula menghasut rakyat, mengatur langkah dari dalam dan luar negara untuk menuduh saya dengan perkara-perkara yang sama beliau dituduh semasa beliau berkuasa.

“Memang benar perjuangan dulu dan sekarang berbeza. Dulu, beliau yang berumur 91 tahun ini memperjuangkan kemerdekaan. Sekarang saya memperjuangkan kemajuan negara,” kata Najib lagi.

Menerusi catatan dalam blog beliau yang bertajuk ‘Ucapan Perdana Menteri Mengenai Perjuangan Politik‘, Najib jelas merujuk kepada Tun Dr. Mahathir walaupun tidak menamakan bekas perdana menteri itu.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut mempersoalkan sama ada usaha meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat tidak dianggap perjuangan seperti pembinaan infrastruktur seperti MRT, BRT, LRT, Lebuhraya Pan Borneo, RAPID Pengerang, Kota Iskandar.

“Apakah penyediaan bantuan kerajaan seperti TERAJU, TEKUN, Bantuan Rakyat 1Malaysia, PR1MA, e-Kasih, UTC, RTC untuk kemudahan rakyat itu sebagai bukan satu perjuangan?

“Apakah usaha memajukan sukan sehingga mencapai keputusan paling cemerlang dalam sejarah pun bukan satu perjuangan?” tanya Najib.

Beliau berkata banyak pihak mengetahui parti politik baru pemimpin lama itu sedang berjuang untuk menjatuhkan kerajaan hingga sanggup bersekongkol dengan parti cauvinis yang pemimpinnya sudah didakwa melakukan rasuah.

“Siapakah yang sebenarnya tersasar daripada perjuangan?” soal Najib sambil menegaskan beliau dan jemaah menteri akan terus komited dalam perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd