• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Hashim Ganti Haron Din Tepat! – PAN

oleh Ahmad Albab
11/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan tahniah kepada bekas pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin kerana dilantik sebagai Mursyidul Am baharu PAS menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Agung PAN, Mohd. Anuar Tahir berkata, pelantikan Hashim ke jawatan yang utama PAS itu bagi menggantikan Haron yang meninggal dunia baru-baru ini adalah suatu yang tepat.

“Beliau (Hashim) memiliki ilmu dan pengetahuan agama yang luas dan pengalaman politik yang panjang. Hashim adalah seorang daie dan aktivis masyarakat yang kemudiannya berkecimpung dalam bidang politik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Anuar berkata, PAN yakin Mursyidul Am baharu PAS itu akan dapat memberikan sumbangan, pemikiran dan bimbingan ke arah kekuatan dan dinamisma umat.

Haron, 76, disahkan meninggal dunia di di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada September lalu akibat sakit jantung.

Kematian ulama PAS tersebut bagaimanapun dipersendakan oleh pemimpin DAP dan penyokong Pakatan Harapan hiingga menimbulkan kemarahan ahli dan penyokong PAS.

Pakatan Harapan dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN diwujudkan pada tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang. – Mynewshub.cc

Tags: Parti Amanah Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd