Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Samun Pusat Urut, 2...

KUALA LUMPUR - Meringkuk di dalam penjara selama 40 bulan. Itu balasan buat...

Pos Malaysia Perkenal Identiti...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd hari ini memperkenalkan identiti korporat baharunya, yang...

Lafaz ‘Hayya Alassolah’ Di...

KUALA LUMPUR - Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lafaz ‘hayya ‘alassolah' (marilah bersembahyang) sewaktu...

Farah Tolak Tawaran Jadi...

WALAUPUN sudah berlakon beberapa drama yang lain, tetapi rezekinya lebih murah selepas melakonkan...

Pegawai Khas Guan Eng Berniat Tidak Baik – Nasrudin

KUALA LUMPUR – “Pegawai Khas Undang-Undang Lim Guan Eng kelihatan berniat tidak baik bagi menggambarkan seolah-olah saya sengaja mengabaikan perintah mahkamah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, Raja Syarafina Raja Shuib tidak sepatutnya membuat kenyataan itu bagi memberi persepsi buruk keatasnya memandangkan tarikh akhir tuntutan itu baru seminggu berlalu.

Jelasnya, Penghakiman Persetujuan direkodkan sejak 18 Januari 2016, namun penghakiman meterai hanya diserahkan kepada peguamcaranya pada 19 September 2016.

“Peguam Guan Eng telah memberi tempoh selama 14 hari kepada saya untuk menyelesaikan kos mahkamah. Tempoh ini berakhir pada 28 September 2016 iaitu lebih seminggu yang lepas.

“Saya baru sahaja dimaklumkan oleh peguam saya bahawa pihak Guan Eng telah membuat tuntutan kos pada awal Oktober baru-baru ini kerana sepanjang tempoh bayaran yang berakhir 28 September 2016, saya berada di luar negara.

“Saya baru sahaja pulang dari luar negara akhir September baru-baru ini. Saya merancang untuk lunaskan kos mahkamah tersebut dalam tempoh terdekat ini setelah menyelesaikan beberapa urusan penting yang tertunggak sepanjang saya berada di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Raja Syarafina dalam satu kenyataan hari ini mendakwa Ketua Penerangan PAS masih belum membayar kos kepada Guan Eng seperti yang diperintahkan mahkamah ekoran kenyataan fitnah yang dibuatnya dua tahun lalu.

Sehubungan itu, kata Raja Syarafina, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.


Nasrudin seterusnya menjelasnya, notis tuntutan kos secara rasmi untuk tujuan prosiding perlaksanaan dan memaksanya membayar kos penghakiman baru diterima oleh peguamnya pagi ini serentak dengan kenyataan media Pegawai Khas Guan Eng itu.

Menurutnya, Pegawai Khas Undang-Undang Guan Eng sepatutya memahami bahawa tuntutan terhadap kos penghakiman tidak mengakibatkan penghinaan kepada Mahkamah, sebaliknya hanya bersifat liabiliti sivil sebagaimana tuntutan hutang yang lain.

“Jika kegagalan membayar kos satu bentuk penghinaan mahkamah, saya ingin mengingatkan Guan Eng masih belum membayar kos RM500 yang telah diperintahkan oleh Mahkamah melalui Perintah bertarikh 29/9/2014 (iaitu Perintah yang membatalkan Saman pertama Guan Eng terhadap saya).

“Jika menggunakan logik Pegawai Khas Undang-Undang Guan Eng maka Guan Eng telah lama menghina proses Mahkamah walaupun jumlahnya hanya RM500. Namun saya tidak bersedia menjadikan isu picisan seperti itu memburukkan Guan Eng,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori