Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

SEGERA: Pencuri Berlian RM1.4...

Dua lelaki yang mencuri dua cincin berlian bernilai RM1.4 juta di Bukit Bintang...

Anggota JPJ Tak Sempat...

MELAKA - Anggota Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mohd Ridzuan Md Yusop, 34,...

Anwar Perlu Beri Penjelasan...

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu...

3 Beranak Maut Selepas...

BACHOK - Tiga beranak termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas...

Pegawai, Anggota Wanita Perlu ikuti Kursus LSF

SEREMBAN – Pegawai dan anggota polis wanita dari pelbagai cawangan akan diberikan kursus asas Light Strike Force (LSF) sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya kekecohan berkaitan ketenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata kursus itu diberikan sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya bagi siri pertama 2016, seramai empat pegawai dan 63 anggota IPD Seremban dan balai dari pelbagai cawangan termasuk Narkotik telah dilatih.

“Mereka ini merupakan unit elit yang akan diatur gerak di peringkat IPD Seremban dalam menangani isu keselamatan di peringkat berskala kecil, bagaimanapun mereka dilatih untuk menghadapi situasi yang lebih kompleks termasuk pilihan raya umum.

“Saya memikirkan sudah sampai masanya unit ini disertai pegawai dan anggota polis kerana mereka juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai atur gerak unit LSF ini, kami akan laksanakan dalam masa terdekat,” katanya selepas menyaksikan demonstrasi daripada LSF IPD Seremban di sini hari ini.


Muhamad Zaki berkata latihan ini juga bersesuaian dengan keadaan semasa polis yang sering bertukar cawangan.

“Sekurang-kurangnya jika mereka ditukarkan ke cawangan lain, mereka telah mempunyai asas berkaitan gerakan unit ini,” katanya dan menambah setakat ini terdapat 1,020 orang pegawai dan anggota di bawah IPD Seremban.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata polis bersiap siaga untuk menghadapi perlawanan bola sepak antara Skuad 22 menentang Brunei yang dijadual berlangsung esok pada 8.45 malam di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori