Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Hamil Maut Direnjat...

AJAL... Seorang wanita yang sarat mengandung meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik daripada...

Pemandu Lori Tangki Minyak...

BELURAN - Seorang pemandu lori tangki minyak maut selepas lori dipandunya terbalik dalam...

Penumpang Marah Rayani Air...

KUALA LUMPUR - Ramai bakal penumpang Rayani Air yang telah menempah tiket penerbangan...

Sirul Ditawar Tiket Penerbangan...

SEBUAH NGO pada Sabtu, membuat tawaran terhadap Koperal Sirul Azhar Umar untuk pulang ke Malaysia...

Pasangan Magik Malaysia Diiktiraf Guinness World

MEMBANGGAKAN… Dua rakyat Malaysia melakar sejarah apabila berjaya mendapat pengiktirafan Guinness World Records (GWR) selepas membuat pertukaran 18 jenis pakaian dalam masa satu minit.

Menerusi laman web GWR, pasangan dari Kuala Lumpur, Avery Chin Yoke Leong dan isterinya, Sylvia Lim Chay Meei itu mendapat pengiktirafan pada persembahan silap mata di Taman Tema Happy Valley, Wuhan di China sempena perayaan Hari Kebangsaan negara berkenaan pada 28 September lalu.

Pasangan ini berjaya membuat 18 penukaran untuk 19 pakaian sekali gus mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang seorang ahli silap mata dari Malaysia iaitu kumpulan ahli silap mata Vivas Magic dengan rekod 16 persalinan.

Saat membanggakan ini dikongsi di Facebook GWR dan menjadi viral di laman sosial dengan memaparkan ketangkasan dua ahli silap mata itu menukar pakaian dalam masa satu minit.

Difahamkan, ketika persembahan, pasangan yang berusia 30 an itu berhadapan dengan cabaran angin yang agak kuat apabila berada di pentas terbuka namun dapat diatasi dengan jayanya.

Pasangan ini mula melibatkan diri dalam silap mata membabitkan persalinan pakaian sejak tahun lalu dengan kebiasaannya membuat persembahan menyalin 12 pakaian.


Pengadil Guinness World Records, Charles Wharton hadir pada acara yang menghimpunkan ramai ahli silap mata pada hari berkenaan untuk memastikan semua peraturan dipatuhi iaitu semua pakaian mestilah berbeza dengan yang sebelumnya.

Avery yang juga pemegang Diploma Kejuruteraan Awam sudah berjinak-jinak dengan dunia silap mata sejak di bangku sekolah sebelum menyedari minatnya adalah membuat persembahan di atas pentas.

Beliau malah dijemput membuat persembahan di Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, China termasuk di kapal persiaran mewah yang turut belayar ke Bahamas, Pulau Caribbean dan Bermuda.- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori