• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parodi PPAP Versi Ais Cendol Polis Balikpapan

oleh AK-47
23/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG anggota polis dari Jabatan Antidadah Balikpapan, Indonesia menggunakan pendekatan kreatif dalam usaha menyampaikan mesej tentang bahaya dadah kepada masyarakat negaranya.

Jeffri Dian Juniarta mendapat inspirasi daripada lagu yang menjadi siulan ramai di Internet iaitu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) dipopularkan DJ Piko-Taro, watak fiksyen yang dimainkan penyanyi Jepun, Kazuhiko Kosaka.

Parodi PPAP Versi Ais Cendol Polis Balikpapan

Menerusi video yang tersebar, Jeffri dilihat menari dalam pakaian seragamnya dan menukar lirik asal lagu tersebut kepada mesej yang cuba disampaikan yang berbunyi seperti berikut.

” I have ais cendol, I have a beer, ahh ais cendol.
” I have gorengan, I have narkoba, ahh gorengan.
“Ais cendol…Gorengan ahhh Kenyang.”

Lirik yang digubahnya itu mengajak masyarakat untuk memilih ais cendol berbanding minuman keras dan memilih gorengan berbanding dadah.

Ini kerana dadah dan minuman keras, kedua-duanya banyak mendatangkan keburukan dan kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Menurut Jeffri kepada sebuah laman berita tempatan, kes dadah di negaranya sangat kritikal dan cukup membimbangkan banyak pihak.

“Pengedaran dadah di kepulauan Kalimantan Timur adalah yang kedua terbesar selepas Samarinda.

“Dan rata-rata tahanan yang berada di dalam penjara adalah golongan yang terlibat dengan kes dadah,” jelasnya.

Video yang tersebar telah ditonton hampir 5 ribu kali oleh warganya sejak dimuat naik di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AIS CENDOLPPAP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perolehan Kapal Peronda, Naik Taraf Fasiliti Di Esszone

Next Post

BR1M Beri Limpahan Langsung Kepada Ekonomi Negara

Related Posts

Aksi Awek Bertudung Menari Lagu PPAP… ‘Speechless’ Beb!

29/11/2016
0

SEBUT sahaja lagu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) nyanyian Piko Taro, kami gerenti ramai boleh menyanyikan lagu dari Jepun ini...

Lagu ‘PPAP’ Masuk Carta Billboard, Pecah Rekod Dunia

01/11/2016
0

AMERIKA SYARIKAT - Lagu ‘Pen Pineapple Apple Pen’ atau PPAP mungkin kedengaran aneh bagi sebahagian orang, tetapi siapa sangka lagu...

Next Post

BR1M Beri Limpahan Langsung Kepada Ekonomi Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd