• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pamer Plat Palsu, Kelindan Lori Didenda RM5,500

oleh Ahmad Albab
18/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang kelindan lori didenda RM5,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Trafik, di sini, hari ini kerana mengubah nombor pendaftaran pada motosikal miliknya, September lepas.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu ke atas Aiman Azri Zainuddin, 20, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengubah nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan yang dinaikinya iaitu motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna hitam.

Aiman Azri didakwa melakukan kesalahan itu dengan mempamerkan nombor pendaftaran palsu iaitu WSF527 di Jalan Raja Laut, di sini, pada 11.30 malam, 9 September lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman yang ringan dengan alasan dia telah insaf.

Mengikut fakta kes, ketika sepasukan polis membuat sekatan jalan raya di Jalan Raja Laut, di sini, telah menahan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dalam keadaan mencurigakan.

Selepas semakan dibuat didapati nombor pendaftaran asal motor tersebut adalah WSF1527. – BERNAMA

Tags: plat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Padah Remaja Guna Plat ‘Happy New Year 2018’

01/01/2018
0

IPOH - Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan dalam Ops Trafik di sini, selepas didapati melakukan kesalahan menggunakan nombor plat...

Siri Plat Kenderaan Khas A1M Bantu Artis Tempatan

06/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Demi mengumpul dana bagi membantu insan seni yang di dalam kesusahan, Yayasan Artis 1Malaysia (YAIM) mengeluarkan siri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd