• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Rampas Semula Mosul Dari ISIS Bermula – PM Iraq

oleh
17/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGHDAD – Operasi untuk merampas semula bandar Iraq, Mosul dari kumpulan ISIS sudah bermula, umum Perdana Menteri Haider al-Abadi awal pagi ini di televisyen negara.

“Masa untuk kemenangan sudah tiba dan operasi untuk membebaskan Mosul sudah bermula,” katanya dalam ucapan yang disiarkan saluran Iraqiya.

“Hari ini saya mengisytiharkan permulaan operasi-operasi kemenangan ini untuk membebaskan anda dari keganasan dan pengganasan Daesh (ISIS),” ujarnya dalam ucapan kepada para penduduk Mosul.

Encik Abadi, ketua komander angkatan bersenjata Iraq, dikelilingi para pegawai persekutuan utama ketika membacakan kenyataannya itu.

Pasukan persekutuan dan sekutu Iraq sejak berbulan-bulan lalu menjalankan pelbagai operasi untuk merampas semula Mosul, iaitu kubu kuat utama ISIS di negara itu.

Mereka baru-baru ini merampas semula kedudukan-kedudukan penting di sekitar Qayyarah, sebuah kota sekitar 60 kilometer dari selatan Mosul, dalam persiapan akhir untuk menyerang kubu ISIS di utara Iraq itu.

Encik Abadi tidak mendedahkan perincian operasi ketenteraan yang dilancarkan malam semalam.

Mosul dan kawasan sekitarnya meliputi kawasan yang luas dan pelbagai pasukan terlibat – kadangkala pasukan-pasukan itu bersaing antara satu sama lain – perlu meliputi kawasan agak luas sebelum dapat benar-benar memasuki bandar itu.

Perdana Menteri itu berikrar hanya pasukan pemerintah akan memasuki Mosul, bandar yang kebanyakan penduduknya berfahaman Sunni, yang dirampas ISIS dengan agak mudah pada Jun 2014, sebahagiannya akibat rasa tidak puas hati mendalam penduduk tempatan terhadap pasukan keselamatan yang kebanyakannya berfahaman Syiah.

“Pasukan yang memimpin operasi-operasi pembebasan ini adalah tentera Iraq yang berani, bersama dengan pasukan polis nasional, dan merekalah yang akan memasuki Mosul, bukan pihak lain.” kata Encik Abadi.

Pertubuhan separa tentera Hashed al-Shaabi, yang didominasi kumpulan-kumpulan militia yang disokong Tehran, sudah menyatakan dengan jelas bahawa ia mahu menyertai operasi Mosul itu.

Pasukan bersenjata Kurdi pula sudah bergerak dari timur bandar itu sementara perikatan tentera pimpinan Amerika Syarikat juga sedang menyediakan sokongan di darat dan udara. – AFP

Tags: IraqISISMosul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Malaysia Tak Gentar Ancaman Bom’ – Zahid Hamidi

Konflik Palestin-Israel: Iran Desak Zionis Henti Serangan Sebelum Terlambat

15/10/2023
0

TEHERAN – Iran semalam mengeluarkan amaran baharu kepada Israel yang mendesak agar Rejim Zionis menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum...

Malaysia Buka Kembali Kedutaan Di Iraq Dalam Masa Terdekat

Malaysia Buka Kembali Kedutaan Di Iraq Dalam Masa Terdekat

19/08/2023
0

LUMUT – Kerajaan akan membuka kembali Kedutaan Besar Malaysia di Iraq dalam masa terdekat selepas perincian berkaitan perkara tersebut dimuktamadkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd