• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora Sedih Suami Tak Beri Sokongan Sertai GV3

oleh AK-47
23/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUAHAN sedih penyanyi Nora di laman Facebook baru-baru ini yang menyatakan suaminya, Johan Nawawi tidak memberi sokongan terhadapnya dalam penyertaan di program realiti Gegar Vagaza 3 (GV3), mendapat perhatian peminat.

Nora Sedih Suami Tak Beri Sokongan Sertai GV3

Mengulas hal itu, Nora berkata, dia tidak berniat memburukkan suaminya, sebaliknya sekadar luahan hati selepas berdepan pelbagai tekanan.

Menurut Nora, suaminya yang juga komposer tidak begitu memberikan sokongan terhadapnya kerana merasakan dirinya mampu menempuh pertandingan itu dengan mudah selain tiada masa sibuk bekerja.

Bagaimanapun, bagi Nora, penyertaannya dalam program realiti itu bukanlah semudah yang disangka, tambahan pula ianya membabitkan persaingan antara penyanyi profesional.

“Saya faham, suami terlalu sibuk. Mungkin juga kerana sudah terbiasa melihat saya bekerja keras sepanjang menjadi penyanyi, jadi tiada yang berbeza pada matanya apabila saya menyertai GV3.

“Suami beranggapan setiap persediaan yang dibuat sama seperti persembahan biasa lain. Saya sempat tegur dan beritahu, menyertai program realiti membabitkan penyanyi profesional adalah perjuangan besar.

“Sebagai isteri, saya memerlukan sokongan penuh suami untuk terus bertahan mental dan fizikal mengharungi pertandingan ini.

“Jiwa orang seni agak sensitif, jadi saya perlukan sokongan moral yang sangat tinggi untuk terus kental selagi bertahan,” katanya kepada BH Online.

Pada masa yang sama, Nora meluahkan rasa syukur apabila luahan itu tidak dipandang negatif sebaliknya mendapat kata-kata semangat dari para peminat yang mahu dirinya terus kuat berjuang dalam GV3.

GV3 telah pun mula bersiaran sejak Ahad lalu menyaksikan 12 bintang bertanding. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

Tags: GV3nora
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramadan Tanpa Suami, Nora Luah Rasa Rindu

30/05/2017
0

DIAM tak diam, sudah masuk Ramadan keempat hari ini. Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, kita sebagai umat Islam...

Nora Sebak Kongsi Berita Pemergian Suami

24/03/2017
0

KUALA LUMPUR - "Allahu Akbar, lihat cuaca, tenang dan sejuk sangat. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampuni segala dosa arwah,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd