Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

“Tolong Jangan Kutuk Dia,...

CUBIT paha kiri, paha kanan turut terasa. Begitu juga bagi Amira Othman yang...

Anggota PGA Maut Dipercayai...

Miri : Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat Koperal ditemukan maut dengan kesan...

Sumpah Setia MB Selangor...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilaporkan menyatakan kerajaan Parti...

Rahim Thamby Chik Didenda,...

SHAH ALAM - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik...

Nasib Perlumbaan F1 Malaysia Diketahui Akhir Minggu Depan

KUALA LUMPUR – Nasib perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dijangka diketahui akhir minggu depan, kata Datuk Razlan Razali.

Beliau berkata, mesyuarat khas akan diadakan bagi membincangkan perkara itu dengan pemegang saham utama SIC, iaitu Kementerian Kewangan pada Khamis.

“Jualan tiket F1 telah merosot sejak 2014.

“Sebaliknya, lumba motosikal Malaysia (MotoGP) nampaknya lebih berjaya dari segi menarik penonton dan potensi kesan limpahannya,” katanya pada majlis taklimat media di sini, hari ini.

Razlan, bagaimanapun berkata, beliau tidak akan tergesa-gesa mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai pemberhentian F1 di Malaysia kerana SIC mempunyai perjanjian ketat dengan pemegang lesen sehingga 2018.

“Penarikan diri secara sementara daripada F1 (selepas 2018) mungkin akan memberi manfaat kepada negara. Ketika ini, sesetengah pihak menyatakan produk itu (F1) tidak lagi menarik kerana ia dikuasai satu pasukan.

“Laporan awal untuk perlumbaan terakhir F1 juga menunjukkan jumlah penonton di Malaysia adalah yang terendah dalam sejarah,” katanya dengn menambah, F1 Singapura juga dilaporkan mencatat penurunan 20 peratus dalam jualan tiket.


Razlan membayangkan yang SIC akan memberi tumpuan kepada membangunkan MotoGP.

MotoGP, acara lumba motosikal terbesar dunia kali pertama diadakan di Litar Batu Tiga, Shah Alam pada 1991 sebelum dipindahkan ke Litar Pasir Gudang, Johor pada 1998 manakala Litar Sepang menganjurkan MotoGP pertamanya pada 1999.

Hujung minggu ini, Shell Malaysia MotoGP 2016, iaitu MotoGP Malaysia ke-26 akan menjadi tumpuan di SIC berikutan kejayaan perlumbaan jubli perak tahun lalu.

“Tahun lepas kita menyaksikan 85,000 penonton di MotoGP itu. Tahun ini semua tiket sudah habis dijual dan kami sasarkan jumlah tertinggi, iaitu 90,000 penonton, termasuk di tempat duduk di kawasan bukit.

“Jika semua pihak bekerjasama, termasuk kementerian pelancongan, sukan dan komunikasi, kita boleh meningkat lagi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori