• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Jamin Rasionalisasi Tidak Jejas Sektor Awam

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan sistem penyampaian perkhidmatan awam tidak akan terjejas dalam situasi ekonomi semasa yang kian mencabar walaupun kerajaan perlu menstrukturkan semula dan mengurangkan perbelanjaannya.

Beliau berkata, contohnya, projek pembangunan yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas akan dikekalkan demi kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

“Projek infrastruktur utama, seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Singapura, MRT dan LRT, semua diteruskan mengikut jadual.

“Kesemua itu adalah sebahagian masa depan kita, masa depan kesalinghubungan berteraskan rakyat, yang akan memudahkan orang ramai dan generasi akan datang,” katanya semasa pelancaran Laporan Lima Tahun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), simposium dan pameran di sini, hari ini.

Beliau berkata kesalinghubungan melalui kereta api bandar, yang dinikmati hari ini, menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam mengubah industri pengangkutan awam darat.

Perdana menteri berkata, kerajaan serius dalam mendukung prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ — keutamaan keperluan rakyat dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Najib berkata kajian dijalankan pada 2009 mendapati pengangkutan awam bandar merupakan antara aspek utama dalam perkhidmatan awam yang memerlukan tindakan perubahan.

“Ia kemudian dipilih sebagai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara yang digariskan Program Transformasi Kerajaan di bawah Program Transformasi Negara.

“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ditubuhkan di bawah bidang kuasa saya pada 2010 untuk menerajui transformasi itu,” katanya.

Najib berkata SPAD mempunyai tanggungjawab besar yang diamanahkan kerajaan dan ditubuhkan dengan matlamat mengubah bidang itu ke arah sistem pengangkutan awam darat yang lebih berpaksikan rakyat.

Perdana Menteri berkata, SPAD membentuk Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP) pada 2013 yang menggariskan masa depan rangkaian pengangkutan awam Malaysia.

“Sasaran kerajaan di bawah NLPTMP adalah tinggi – untuk mencapai 40 peratus bahagian mod untuk pengangkutaan awam di Semenanjung Malaysia menjelang 2030,” katanya.

Najib berkata hasil daripada asas kukuh menerusi penubuhan SPAD di samping NLPTMP menggariskan perancangan keperluan secara teliti, penambahbaikan pengangkutan awam darat dilaksanakan secara lebih meluas meliputi kawasan bandar dan luar bandar.

Beliau berkata kajian tahunan dilaksanakan SPAD menunjukkan kepuasan pelanggan terhadap pengangkutan awam darat di Malaysia melonjak kepada 74 peratus tahun lepas daripada 48 peratus pada 2010.

Majlis hari ini turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar. – BERNAMA

Tags: EkonomiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd