• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Bentang Bajet 2017 Berteraskan Kesejahteraan Rakyat

oleh Ahmad Albab
21/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan Bajet 2017 pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat, hari ini.

Bajet yang sememangnya dinantikan ramai, berkemungkinan menumpukan usaha menangani kos sara hidup khususnya aspek perumahan, makanan dan pengangkutan yang sejajar prinsip kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’

Bertemakan ‘Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat,’ Bajet 2017 itu dijangka menyenaraikan beberapa langkah dalam usaha menangani cabaran ekonomi negara berikutan ketidaktentuan di peringkat global.

Sejajar matlamat mutlak bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat secara saksama dan inklusif, bajet berkenaan turut mengetengahkan pendekatan baharu bagi memacu industri tertentu mengharungi kelembapan ekonomi global.

Industri berkenaan terjejas akibat penyusutan perdagangan antarabangsa selain tempias tindakan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) serta ketidaktentuan global susulan penurunan harga komoditi seperti minyak mentah, mineral, minyak sawit dan getah.

Malah, pihak Kementerian Kewangan turut mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan mengenai pelbagai isu serta saranan bagi Bajet 2017 selain mempelawa pembabitan orang ramai dengan berkongsi pandangan serta idea.

“Proses perancangan bagi Bajet 2017 itu melibatkan beberapa langkah bagi memacu ekonomi berteraskan matlamat untuk mensejahterakan rakyat secara saksama dan inklusif,” kata Najib pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Perdana Menteri turut membangkitkan keadaan ekonomi negara, termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang mencatat pertumbuhan 5.0 peratus pada tahun lepas dan mengatasi negara serantau seperti Indonesia (4.8 peratus), Thailand (2.8 peratus) dan Korea Selatan (2.6 peratus).

Ekonomi Malaysia pada separuh pertama tahun ini juga berkembang pada kadar 4.1 peratus dan diunjur meningkat pada kadar 4.0-4.5 peratus bagi 2016.

Menerusi Bajet 2016, sejumlah RM267.2 bilion diperuntukkan berbanding RM260.7 bilion pada 2015.

Pada 28 Jan, 2016, kerajaan bertindak melakukan pengubahsuaian Bajet 2016 yang membabitkan aspek inisiatif dan peruntukan yang diluluskan Parlimen.

Ucapan pembentangan Bajet 2017 itu akan disiarkan secara langsung menerusi Bernama News Channel dan menerusi penstriman langsung Bernama Online manakala berita mutakhir di Facebook dan Twitter Bernama. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd