• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafkah Anak, Bekas Suami Elly Diarah Bayar RM1,500 Sebulan

oleh AK-47
12/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengarah drama, Azmi Hatta diperintahkan membayar nafkah sebanyak RM1,500 sebulan berkuatkuasa serta merta kepada anaknya yang kini berada dalam jagaan bekas isterinya, penyanyi Elly Mazlein.

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim syarie, Mahkamah Rendah Syariah Sepang dekat sini iaitu Ceh Abdullah Che Hassan selepas mendengar kes berkenaan pada pagi Rabu.

Elly yang dihubungi mStar Online berkata, Che Abdullah juga meluluskan permohonannya agar Azmi menyerahkan wang tersebut melalui pihak mahkamah pada setiap bulan sebelum ia diserahkan kepadanya.

Jelas Elly, dia berbuat demikian kerana tidak mahu perintah dikeluarkan itu gagal dipatuhi oleh bekas suaminya selain ia lebih mudah untuk kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana hari ini segalanya telah pun selesai dan paling penting ialah hak anak saya.

“Tiada apa lebih menggembirakan saya apabila mahkamah meluluskan permohonan saya dan tak apalah saya tidak dapat sebarang hak sepanjang bergelar isteri kerana paling penting kebajikan dan hak anak saya terbela,” katanya.

Elly bergambar bersama wartawan dan peguamnya selepas prosiding nafkah anaknya selesai pagi Rabu.

Elly dan Azmi berkahwin berkahwin pada 9 November 2014 pada satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah, bersebelahan kubur ibu Elly di Puchong, dekat sini sebelum bercerai pada 15 Oktober tahun lalu.

Pelakon itu selamat melahirkan anak perempuan diberi nama Putri Sara Sefhia seberat 2.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Dalam pada itu, Elly berkata, jumlah yang diminta daripada Azmi itu disifatkan sebagai bertimbang rasa selepas menimbang lelaki berkenaan mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

“Saya tiada bantahan selain bersyukur dengan keputusan mahkamah kerana itu adalah rezeki anak saya.

“Saya juga faham dengan situasi bekas suami yang mempunyai dua lagi anak yang perlu ditanggung dan tidak mahu membebankan dia dengan tuntutan terlalu tinggi,” ujarnya yang turut mendapat hak penjagaan penuh anaknya itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini.

Sementara itu, Elly berkata, dia mengambil keputusan menutup buku kisahnya rumah tangganya bersama Azmi sebelum ini dan ingin meneruskan hidup dengan sebaik mungkin.

Kata Elly, dia tidak mahu lagi menoleh ke belakang dengan segala drama yang berlaku di antara mereka sebelum ini.

“Insya-Allah saya sudah boleh tidur lena selepas ini dan enggan lagi melayan apa sahaja melibatkan Azmi dan Faye Kusairi selepas ini.

“Peminat saya pun marah apabila laman sosial saya penuh mengenai mereka dan meminta saya agar lupakan sahaja kisah lama itu dan fokus kepada anak dan karier,” ujarnya. – mStar

Tags: azmi hattaELLY MAZLEINfaye kusairi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elly Mazlein Selamat Bertunang

17/12/2019
0

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad Azlan dalam majlis yang berlangsung di Pusat...

Jangan Usik Famili Saya, Pergi ‘Bawang’ Tempat Lain

25/12/2018
0

PELAKON Faye Kusairi bertindak memuat naik gambar anak lelaki bersama dua anak tirinya sebagai 'belanja' kepada segelintir pengikutnya yang gemar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd