• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mursyidul Am PAS Baharu Sedia Galas Tugas Penuh Amanah

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mursyidul Am PAS yang baharu, Hashim Jasin bersedia menggunakan pengalaman luasnya dalam dunia politik bagi menggalas tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah.

Hashim, 77, yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Perlis, berkata tugas yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan baik terutamanya bagi membantu Majlis Syura sama ada dalam soal kepartian atau hukum syarak.

“Saya akan cuba buat semampu mungkin. Sebenarnya saya masih terkejut dengan pelantikan semalam kerana saya sendiri hadir dalam mesyuarat itu dan tidak menjangka akan dilantik.

“Bagi saya, semua dalam Majlis Syura layak menjadi Mursyidul Am kerana masing-masing mempunyai pengalaman dan tanggungjawab berat selama ini. Dengan jaminan ahli Majlis Syura, kami akan bersedia membantu satu sama lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Majlis Syura Ulamak PAS menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung PAS semalam sebulat suara memilih dan melantik Hashim sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Allahyarham Haron meninggal dunia bulan lepas kerana komplikasi jantung di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat.

Hashim merupakan antara pemimpin PAS paling kanan dan mempunyai kelulusan Ijazah Pertama Sastera Arab dan Perundangan Islam dari Universiti Baghdad Iraq selain pernah menjadi Anggota Parlimen Arau dalam pilihan raya kecil pada 1998, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang (1999 hingga 2013) dan Pesuruhjaya PAS Perlis (1991-2013). – BERNAMA

Tags: Hashim JasinMursyidul Am PAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mohd Sufwan Dinobat Juara Da’i Pendakwah Nusantara

Next Post

Unit K9 Digunakan Bagi Mengesan Mangsa Hilang

Related Posts

PAS Ingatkan UMNO Agar Ikhlas Dengan Kerjasama

20/06/2019
0

KUANTAN - PAS dan UMNO saling menerima perjuangan masing-masing dan tidak mempunyai masalah dengan kerjasama yang dimeterai ketika ini. Mursyidul...

Waspada Liberal Anggap Hukum Islam Tidak Rasional

06/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Pendukung aliran liberal di Malaysia menolak hukum Allah S.W.T kerana pada mereka hukum Islam tidak rasional. Murysidul...

Next Post

Unit K9 Digunakan Bagi Mengesan Mangsa Hilang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd