• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tuan Rumah ACC 2018

oleh
17/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia terpilih menjadi tuan rumah Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018 (ACC 2018) selepas Thailand dan Korea Selatan menarik diri dari pembidaan.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata keputusan sebulat suara itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif ACC 2016 di Qatar semalam.

Beliau berkata dengan pemilihan Malaysia selaku tuan rumah, ia memberi laluan mudah kepada tiga pelumba negara khususnya Mohd Azizulhasni Awang, Mohd Shah Firdaus Sahrom dan Fatehah Mustapa untuk mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo nanti.

“Awalnya Thailand dan Korea Selatan berkeras untuk mengekalkan pembidaan masing-masing sehingga memaksa wakil Malaysia Datuk Amarjit Singh memberi penerangan secara menyeluruh.

“Dalam penerangan tersebut, Amarjit berjaya meyakinkan panel pemilihan bahawa Malaysia perlu menjadi tuan rumah ACC 2018 secara merit,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Abu Samah, Malaysia hanya akan menganjurkan acara trek manakala Myanmar dipilih sebagai tuan rumah untuk acara lebuh raya.

Difahamkan, Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak dipilih untuk menjadi venue bagi kejohanan berkenaan. – BERNAMA

Tags: ACC 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Jamin Rasionalisasi Tidak Jejas Sektor Awam

Next Post

Langkah Rafiq Keluar UMNO Tak Beri Kesan Kepada Parti

Related Posts

PKBM Sedia Tarik Diri Selaku Penganjur ACC 2018

27/10/2016
0

KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sedia menarik diri selaku penganjur Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 sekiranya...

Next Post

Langkah Rafiq Keluar UMNO Tak Beri Kesan Kepada Parti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd