• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kena Menang Buka Tirai Trofi Juara-juara Asia

oleh AK-47
19/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Skuad hoki negara mahu mencari kemenangan apabila turun menentang penyandang juara, Pakistan pada aksi pembuka tirai Kejohanan Trofi Juara-juara Asia QNET di Stadium Hoki Kuantan di sini, esok.

Jurulatih negara, Stephen Van Huizen berkata kemenangan pada perlawanan pertama sememangnya amat ditagih bagi meningkatkan moral pasukan untuk mengharungi kejohanan tersebut.

“Permulaan yang baik pastinya menyuntik semangat juang yang tinggi kepada pemain Malaysia untuk beraksi cemerlang sepanjang kejohanan ini.

“Bagaimanapun, Pakistan bukan pasukan yang mudah ditewaskan dan mereka memiliki sejarah hoki yang hebat.

“Saya pasti pemain negara akan menghadapi perlawanan yang sukar tetapi kami akan berada dalam situasi yang baik jika sentiasa kental melawan dan sebagai jurulatih, saya masih tetap mahukan kemenangan bagi aksi sulung ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata kemampuan Malaysia selaku tuan rumah kejohanan tidak boleh diperkecilkan kerana skuad bimbingannya mempunyai keistimewaan untuk muncul sebagai juara.

“Kami rata-ratanya dibarisi pemain berpengalaman termasuk enam yang merupakan pakar pukulan sudut penalti, namun kami tidak hanya mengharapkan gol daripada aspek itu bahkan lebih banyak peluang perlu dicipta menerusi gol padang,” katanya.

Menurut Stephen, beliau percaya pasukan negara mampu melakar kejayaan selepas melakukan persiapan rapi termasuk bermain di Liga Hoki Australia.

“Apapun sasaran sebenar kami adalah layak ke Piala Dunia dan kejohanan sebegini menjadi medan terbaik untuk kita menguji pemain muda selain menimba sebanyak mungkin pengalaman,” katanya.

Sementara itu, penolong pengurus skuad Pakistan, Mohsin Ali berkata pasukannya sudah melakukan persiapan rapi untuk menyertai kejohanan ini.

“Semua pasukan yang bertanding inginkan kemenangan dan sudah pasti kesemua mereka telah membuat persediaan yang lengkap seperti kami.

“Justeru kejuaraan ini masih belum milik mutlak sesiapa dan kita perlu bermain bersungguh-sungguh untuk menewaskan Malaysia pada perlawanan pertama esok,” katanya. – BERNAMA

Tags: hokiTrofi Juara-juara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd