• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia ‘Boikot’ Final Takraw Raja Thai Protes Pengadil

oleh
29/10/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Perlawanan akhir Piala Raja Thai Kejohanan Sepaktakraw Sedunia ke-31 di ibu kota Thailand baru-baru ini dicemari dengan pengunduran secara mengejut oleh pasukan dari Malaysia.

Menurut laporan media tempatan, pemain Malaysia mula bertindak nekad menarik diri daripada aksi perlawanan akhir ketika menentang skuad tuan rumah Thailand selepas bermain hanya dalam regu pertama pada 23 Oktober.

Pihak Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) memandang serius terhadap insiden memeranjatkan tersebut dan sedang menyiasat punca sebenar yang menyebabkan pasukan Malaysia menarik diri secara tiba-tiba.

Bagaimanapun ramai percaya ia disebabkan rasa tidak puas hati oleh sesetengah pegawai pasukan dan pemain Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) terhadap beberapa keputusan berat sebelah dibuat pengadil dari Vietnam.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh ISTAF pada 28 Oktober, insiden itu dikhuatiri boleh memalukan tuan rumah Thailand yang kebetulan berkabung susulan kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober.

takraw1

Kejohanan itu dibenarkan diadakan di Thailand meskipun seluruh rakyat negara itu masih berkabung. Perlawanan akhir malah disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan dirasmikan salah seorang wakil keluarga diraja.

Selain kira-kira 3,000 penonton penuh sesak membanjiri sebuah stadium tertutup di Bangkok, perlawanan akhir kejuaraan tersebut turut disaksikan oleh para pegawai kanan sepaktakraw dari pelbagai negara terlibat.

Menurut kenyataan media ISTAF itu lagi, insiden yang mengecewakan berkenaan memang tidak diduga sama sekali. Kejohanan bermula 17 Oktober lalu dan berakhir seminggu kemudian disertai 34 buah negara dari seluruh dunia.

Menurut Perlembagaan ISTAF dan Prosedur Siasatan Disiplin, sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan oleh sekretariat ISTAF untuk menyiasat insiden tersebut sebelum memutuskan bentuk tindakan yang selanjutnya.

Semua pihak terbabit dalam insiden itu akan diminta untuk memberi keterangan. Hasil siasatan dan keputusan akan dimaklum kepada semua pihak terlibat selepas siasatan menyeluruh dijalankan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Thailand
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd