• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makkah Nyaris Dibedil Peluru Berpandu Militan Houthi

oleh
29/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Tentera Arab Saudi dilaporkan berjaya memintas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari wilayah dikuasai pemberontak Syiah Houthi di Yaman untuk menuju ke kota suci Makkah.

Media tempatan melaporkan, pemberontak disokong Iran itu dikesan melancarkan peluru balistik jenis Scud buatan Rusia yang dikenali sebagai Burkan-1 pada jam 9 malam Khamis waktu Arab Saudi (2 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Ia dipercayai ditembak dari wilayah Saada, kira-kira 544 kilometer dari Makkah, namun sistem pertahanan udara Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkannya 65 kilometer sebelum ia sempat menuju ke lokasi sasaran.

Kementerian Pertahanan di sini berkata, serangan itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan. Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Ahmed Asiri menuduh Iran dan pengganas Syiah Hezbollah sebagai dalang misi serangan tersebut.

Kedua-dua pihak berkenaan dipercayai menyokong Houthi, malah melatih pemberontak Yaman tersebut dalam penggunaan teknologi senjata canggih untuk melancarkan siri serangan peluru berpandu jarak jauh sedemikian.

Dalam pada itu, agensi berita tempatan Saba melaporkan, jurucakap Houthi mengesahkan serangan berkenaan, tetapi mendakwa ia sebenarnya konon disasar kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah.

Burkan-1
Peluru berpandu Burkan-1. – Gambar hiasan

saudi

Mereka menjelaskan, sasaran peluru berpandu yang diubah suai itu ditetapkan untuk memusnahkan terminal lapangan terbang paling sibuk di Arab Saudi tersebut dan bukan Masjidil Haram, kira-kira 60 kilometer dari situ.

Namun dakwaan Houthi itu diragui kerana ini bukan kali pertama peluru balistik ditembak menuju Makkah atau kawasan sekitarnya sebagai kempen balas dendam atas siri serangan tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi.

Awal bulan ini, agensi berita rasmi SPA melaporkan, satu peluru berpandu dilancarkan Houthi dari sempadan Yaman ke arah pangkalan udara Arab Saudi di Taif, kira-kira 111 kilometer dari masjid terbesar umat Islam itu.

Kementerian Luar Yaman dalam pada itu mengutuk keras serangan tersebut sebagai bukti Houthi memang tidak minat kepada usaha perdamaian dan menjadi ‘alat’ pemerintah Syiah Iran untuk memusnahkan negara berkenaan.

Liga Arab turut mengecam insiden itu manakala Al Azhar, institusi pengajian Sunnah terulung di Kaherah, Mesir menyifatkan serangan jahat tersebut tidak dilakukan oleh penganut Islam yang waras. - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiMakkah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd