• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liew Daren Mara Ke Separuh Akhir Masters Taiwan

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain profesional negara, Liew Daren meneruskan cabarannya apabila mara ke separuh akhir kejohanan badminton Grand Prix Masters Taiwan di Gimnasium Hsing Chuang di Taipei, hari ini.

Bekas pemain negara berusia 29 tahun itu mengetepikan cabaran Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia dengan 11-8, 11-3, 11-2 di suku akhir pada kejohanan yang menggunakan sistem 11 mata.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org, Daren kini akan menentang wakil tuan rumah, Lin Yu Hsien yang menundukkan rakan senegaranya, Hsueh Hsuan Yi 11-6, 6-11, 11-6, 11-6 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Seorang lagi bekas pemain negara, Tan Chun Seang, bagaimanapun, terkandas selepas tewas 11-6, 4-11, 15-13, 5-11, 9-11 kepada pilihan utama, Hsu Jen Hao dari Taiwan.

Dua beregu wanita negara turut menempah tiket ke separuh akhir selepas menyingkirkan lawan masing-masing di suku akhir.

Gandingan Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen membuat kejutan apabila menyingkirkan pilihan kedua, Poon Lok Yan-Tse Ying Suet dari Hong Kong 11-5, 11-9, 11-4 manakala Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean menang 15-14, 13-11, 9-11, 9-11, 11-9 ke atas pasangan Jepun, Ayako Sakuramoto-Yukiko Takahata.

Cabaran pemain perseorangan wanita negara berakhir selepas wakil tunggal di suku akhir, Tee Jing Yi yang juga pilihan kedua tewas 6-11, 7-11, 6-11 kepada pilihan kelima dari Thailand, Pornpawee Chochuwong.

Sebagai rekod, cabaran beregu lelaki negara berakhir semalam selepas Mohd Azriyn Ayub-Jagdish Singh tewas di pusingan kedua.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara beregu campuran di kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$55,000 (RM230,715). – BERNAMA

Tags: badminton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd