• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Tiada Kaitan Unsur Jenayah Dan Kebakaran Di HSA

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan kejadian letupan di sebuah stesen minyak yang mengorbankan seorang pekerja di Taman Mount Austin di sini, tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kejadian itu juga tiada langsung mempunyai kaitan dengan kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini, yang berlaku hanya selang beberapa jam sebelum itu.

“Tidak ada kaitan, saya sendiri akan pergi ke tempat itu (stesen minyak) selepas ini bagi meninjau keadaan.

“Ini kemungkinan (akibat) kecuaian di pihak sana, kita tidak tahu,” katanya kepada pemberita sejurus melawat mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran di HSA, petang ini.

Wan Ahmad Najmuddin turut meminta orang ramai termasuk pihak media agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kedua-dua insiden berkenaan.

“Tolong hentikan (spekulasi), ia masih dalam siasatan dan kita belum tahu punca sebenar (kedua-dua kejadian),” kata Wan Ahmad Najmuddin.

Dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA pagi ini, enam pesakit iaitu empat wanita dan dua lelaki, maut. Mereka adalah antara tujuh pesakit di ICU berkenaan manakala seorang pesakit lagi ditemui selamat dan masih dirawat di hospital sama.

Dua kakitangan HSA pula dihantar ke Hospital Sultan Ismail manakala seorang lagi petugas dirawat di HSA akibat terhidu asap.

Kejadian letupan di stesen minyak di Taman Mount Austin pula mengorbankan seorang pekerja lelaki berusia 33 tahun.

Letupan dipercayai berpunca daripada tangki penyimpanan gas asli untuk kenderaan (NGV) di stesen berkenaan. – BERNAMA

Tags: Hospital Sultanah AminahHSAkebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah

Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Titah Tunku Temenggong Johor supaya orang ramai tidak bermain mercun berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd