• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letak OKU Dalam Kompartmen Berpagar Bukan SOP

oleh Ahmad Albab
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan meletakkan orang kurang upaya (OKU) di dalam kompartmen berpagar bukan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata tindakan seperti itu tidak patut dilakukan meskipun demi keselamatan penghuni.

“Kaunseling dan rawatan penjagaan khas perlu dibuat, bukan terus kurung dia…kalau mereka rasa tak mampu mengendalikan kes-kes keganasan, hantar sahaja ke PDK (Program Pemulihan Dalam Komuniti) terdekat supaya kita boleh didik mereka,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan pengurusan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Perak (RKKC) Batu Gajah, Perak yang dilapor meletakkan penghuninya yang menghidap penyakit mental kronik di dalam kompartmen seumpama itu.

Semalam, Pengerusi RKKC R. Sivalingam menjelaskan pihaknya meletakkan 10 OKU yang mempunyai masalah mental kronik di dalam kompartmen berkenaan hanya pada waktu malam dan semasa mandi bagi tujuan keselamatan.

Rohani berkata beliau memandang serius perkara itu dan sedang menunggu laporan akhir siasatan daripada pegawainya sebelum memutuskan tindakan lanjut.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementeriannya sedia menghulurkan bantuan dari segi pemeriksaan dan rawatan kesihatan bagi penghuni rumah kebajikan itu, sekiranya diperlukan. – BERNAMA

Tags: OKURohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd