• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Kelantan Kuat Seks Punca Pelacuran Thailand?

oleh
04/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK  – Para pegawai kerajaan di Golok menyalahkan kepesatan industri dadah dan pelacuran di bandar terkenal sempadan selatan Thai itu ekoran kemasukan ramai lelaki Kelantan kuat seks.

“Kita tidak akan memiliki daerah ‘lampu merah’ yang besar jika bandar kita tidak begitu dekat dengan Kota Bharu,” jelas seorang Ahli Parlimen Thai, Horachai Watchaporn merujuk nama ibu negeri Kelantan di Malaysia tersebut.

Beliau seterusnya mendakwa: “Setiap minggu, Golok dibanjiri dengan ramai lelaki Kelantan yang mendakwa batin mereka teruk ditindas, terutama selepas kerajaan PAS negeri itu berjaya mengharamkan segala bentuk hiburan.”

“Jika lelaki Kelantan berhenti membawa ‘tunai’ mereka ke Golok, wanita Thailand pun tidak akan terdorong untuk menawarkan mereka dengan bekalan dadah, atau bekerja sebagai pelacur untuk mendapatkan wang secara mudah.

“Mereka (lelaki Kelantan) benar-benar harus belajar beberapa nilai kesopanan setempat apabila mahu datang ke Thailand untuk memaparkan kemewahan wang mereka, ” tegas Horachai yang dipetik portal berita FMN hari ini.

Pihak berkuasa Kelantan berkata, mereka sedia membantu Thailand dan mengesahkan beberapa pegawai kanan telah sukarela menawarkan diri untuk menghabiskan hujung minggu di Golok bagi memantau keadaan semasa.

Namun kesahihan laporan tersebut adalah diragui malah latar belakang portal FMN juga dipertikaikan kerana ia merupakan laman berita satira yang lazim memaparkan pelbagai cerita sensasi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Golok
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kerajaan Akan Laksana Projek Tebatan Banjir Di Sg Golok

28/01/2018
0

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan melaksanakan projek tebatan banjir di sepanjang Sungai...

Golok Kedah Tradisional Masih Diminati

11/07/2017
0

ALOR SETAR - Peluh yang merenik di dahi dibiarkan begitu sahaja tatkala tangannya terus mengetuk besi yang baru dikeluarkan dari dapur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd