• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cuba Serang Anggota Polis Mati Ditembak

oleh Ahmad Albab
29/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bersenjatakan parang mati ditembak ketika cuba menyerang tiga anggota polis di Taman Muhibbah, Kajang petang tadi.

Dalam kejadian 2.51 petang itu, suspek warga tempatan berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang kira-kira empat jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata sebelum insiden itu, suspek dikatakan menyerang dua lelaki di kawasan tersebut.

“Polis menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung insiden itu dan tiga anggota polis terus ke lokasi kejadian dan pergi ke rumah suspek melalui maklumat yang diterima.

“Sebaik tiba di rumah suspek, ketiga-tiga anggota tersebut memperkenalkan diri sebagai anggota polis namun secara tiba-tiba lelaki terbabit menumbuk salah seorang anggota polis berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Othman berkata suspek kemudian memasuki semula rumah berkenaan dan membawa keluar sebilah parang sebelum berlari ke arah anggota polis itu.

“Polis telah mengarahkan suspek berhenti dan menyerah diri tetapi dia terus berlari ke arah anggota polis dan satu tembakan di udara terpaksa dilepaskan sebagai tanda amaran.

“Bagaimanapun, suspek terus mara dan cuba menyerang anggota terbabit sehingga memaksa anggota polis melepaskan tembakan terhadap suspek untuk mempertahankan diri,” katanya.

Suspek kemudian dikejarkan ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia pada 6.55 petang.

“Hasil semakan terhadap suspek mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes mendatangkan kecederaan, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, menceroboh serta dadah,” katanya. – BERNAMA

Tags: ditembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

08/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd