• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Berputih Mata Tak Sempat Bawa Lari Hasil Curi

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang lelaki berusia 34 tahun berputih mata kerana tidak sempat melarikan diri bersama barangan curi apabila dicekup pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) semasa hendak menghidupkan enjin motosikalnya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata ketika ditahan pada 12.30 tengah hari semalam, suspek sedang memikul segelung kabel Telekom Malaysia (TM), 10 besi aluminium dan empat besi kanopi yang dicuri daripada sebuah gerai buah di Jalan Beserah di sini.

“Suspek hendak beredar semasa dihampiri anggota URB. Polis juga terpaksa bergelut dengan suspek yang cuba melepaskan diri daripada ditahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Aziz menambah motosikal Honda EX5 yang dinaiki suspek juga dilaporkan hilang pada awal bulan lalu di sini, dan siasatan awal mendapati semua barangan yang dicuri itu akan dijual di kedai membeli barangan lusuh di sini.

Beliau menambah suspek yang tidak bekerja juga disahkan positif dadah jenis morfin dan mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan pernah menjalani rawatan pemulihan.

Suspek ditahan selama empat hari di Kompleks Tahanan Reman Indera Mahkota di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, tambahnya. – BERNAMA

Tags: samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd