• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Sekolah Tamil Dibina Dalam Tempoh Terdekat

oleh Ahmad Albab
01/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan komited untuk membina lebih banyak sekolah Tamil di Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

Pada masa sama, katanya, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan juga akan meningkatkan lagi pedagogi, ko-kurikulum serta pendidikan bahasa Tamil di Malaysia.

Kamalanathan berkata selain pembinaan sekolah, kerajaan akan sentiasa memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan sekolah Tamil termasuk dari segi kemudahan infrastruktur sekolah berkenaan.

“Kerajaan akan memberi keutamaan kepada bahasa ibunda khususnya kepada pembangunan sekolah Tamil. Sehingga hari ini sebanyak RM740 juta telah pun digunakan untuk menambah baik kemudahan di sekolah Tamil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan peserta ‘Fun Walk’ di Penang Free School hari ini, bersempena sambutan 200 tahun Bahasa Tamil di Malaysia sejak dimulakan di sekolah itu pada tahun 1816.

Pada program itu, seramai 500 peserta termasuk guru dan murid seluruh Pulau Pinang menyertai larian tersebut yang dianjurkan Pemuda MIC Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Kamalanathan berkata pihaknya turut membuat cadangan mengenai pembangunan sekolah Tamil dalam Bajet 2017 yang akan dibentangkan nanti.

“Kita memang mencadangkan kepada Perdana Menteri. Sebenarnya YB (Datuk Dr S) Subramaniam (Menteri Kesihatan dan Presiden MIC) akan membentangkan keperluan komuniti kaum India dan ia juga melibatkan peruntukan untuk pembangunan sekolah Tamil di negara ini.

“Seperti di tahun-tahun sebelum ini, Perdana Menteri amat prihatin tentang keperluan pembangunan dan pendidikan bahasa Tamil dan pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,” katanya.

Beliau berkata antara perancangan segera daripada pembangunan sekolah Tamil dalam Bajet 2017 ialah menempatkan semula sekolah yang kurang murid ke lokasi yang lebih ramai penduduk iaitu di kawasan perumahan.

“Kita harap pada bajet akan datang, kita akan dapat melakukan penempatan semula sekolah bagi yang kurang murid. Bagi merealisasikan hasrat itu kita perlu mencari tanah yang sesuai yang boleh manarik lebih ramai untuk bersekolah di sini,” katanya.

Justeru beliau meminta kerajaan negeri memberi kerjasama menyediakan tanah di lokasi yang lebih sesuai bagi penempatan semula sekolah terbabit. – BERNAMA

Tags: P.KamalanathanSekolah Tamil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Tentera & Adik Maut Dalam Kemalangan

Next Post

Mangsa Culik Di Perairan Pulau Gaya Dibebaskan – Polis

Related Posts

Kamalanathan Nafi Kuota Pelajar India ‘One-Off’ Zaman BN

20/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Maszlee Malik berhubung tawaran 2,200 tempat kepada pelajar...

Najib Perlu Jawab Misteri RM39 Juta Sekolah Tamil

30/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sekali lagi menempelak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang...

Next Post

Mangsa Culik Di Perairan Pulau Gaya Dibebaskan - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd