• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Pelajar Hilang Misteri, Kali Ini Di Sibu Pula

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKINI: Bernama melaporkan pelajar ini telah pun selamat ditemui.

SIBU – Seorang pelajar perubatan tahun akhir Segi College Sarawak yang sedang menjalani latihan di Hospital Sibu dilapor hilang selepas tidak kembali ke rumah pada Sabtu lalu.

Siti Fatimatuzzahrah Bumidin, 25, dari Ipoh, Perak dilihat oleh rakan-rakannya keluar daripada rumah mereka di Lorong 21, Taman Permai di sini kira-kira 1 tengah hari.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan kepada rakan-rakan serumahnya ke mana dia hendak pergi, malahan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.

Bapa saudaranya, Ishak Rahmad meminta agar orang ramai menghubungi pihak polis jika mereka ternampak kelibat Fatimatuzzahrah yang memakai tudung, berketinggian 140 sentimeter dan berat 45 kilogram.

“Dia sepatutnya menduduki peperiksaan profesional perubatan, tapi tidak hadir,” katanya.

Ishak berkata, laporan mengenai kehilangan anak saudarnya itu telah dibuat di Balai Polis Sentral Sibu oleh rakan serumanya pada 4.47 petang semalam.

Polis dilapor telah meminta bantuan pihak Lapangan Terbang Sibu untuk memeriksa sekiranya Fatimatuzzahrah telah keluar dari Sibu melalui lapangan terbang itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supritendan Martin Khoo berkata, pihaknya akan menemubual rakan-rakan kolejnya dan akan menghubungi keluarganya jika ada perkembangan terbaharu.

Balai Polis Sibu boleh dihubungi di talian hotline 084-322 222. – BERNAMA

Tags: HILANGpelajar hilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd