• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kursus Persediaan Di Malaysia Sebelum Ke Asia Barat

oleh AK-47
15/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di universiti-universiti di Asia Barat perlu mengikuti kursus persediaan di tanah air, sebagai langkah memberi tumpuan kepada kemahiran menguasai Bahasa Arab.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kumpulan pelajar berkenaan akan mengikuti kursus itu di institusi-institusi yang akan ditetapkan kelak sebelum meneruskan pengajian masing-masing di sana.

Beliau berkata dengan adanya kursus persediaan di Malaysia, ia dapat mengurangkan kos pelajar selain menjimatkan masa mereka.

“Kerajaan memutuskan bahawa pelajar yang mahu belajar di Asia Barat perlu mengikuti kursus pradiploma dan praijazah di institusi-institusi di Malaysia.

“Perkara ini (kursus persediaan) dilakukan atas permintaan pelajar itu sendiri, ibu bapa dan organisasi terlibat,” katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari bersama-sama 250 komuniti Malaysia termasuk pelajar di sini pada Jumaat.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Zainol Rahim Zainuddin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kini dalam rangka lawatan lima hari ke Arab Saudi sehingga Ahad ini.

Ahmad Zahid berkata kerajaan sedang meneliti 10 hingga 15 maahad tahfiz untuk melaksanakan kursus persediaan itu, yang akan disesuaikan dengan kurikulum di universiti-universiti di Asia Barat.

“Ini keputusan yang besar…pengumuman akan dibuat selepas rundingan dimuktamadkan dengan maahad tahfiz itu,” kata beliau.

Sementara itu, Ahmad Zahid mengumumkan sumbangan peribadi berjumlah 100,000 Riyal (kira-kira RM112,000) dengan setiap 30,000 Riyal (kira-kira RM33,500) akan diagihkan kepada pelajar Malaysia di Riyadh, Madinah dan Makkah.

Selain itu, sumbangan 10,000 Riyal disalurkan kepada pihak Kedutaan Malaysia di Arab Saudi bagi membantu pelajar Malaysia yang berdepan masalah kewangan semasa pengajiandi Arab Saudi.

Terdahulu, Ahmad Zahid dan delegasinya menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi di sini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Miliki 13 Rekod Jenayah Diberkas Ketika Menyamun

Next Post

Polis Tahan Lelaki Muat Naik Gambar Lucah Kanak-Kanak

Related Posts

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapati pendakwaan gagal membuktikan Ahli Parlimen Muar itu...

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

25/06/2025
0

TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam mengumumkan penamatan 'perang 12 hari' yang dicetuskan oleh Israel. Dalam perutusan kepada seluruh negara...

Next Post

Polis Tahan Lelaki Muat Naik Gambar Lucah Kanak-Kanak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd