• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan HSR Laksana Tepat Pada Masa – KSN

oleh Ahmad Albab
17/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa mahu perkhidmatan awam Malaysia memastikan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Singapura dan Malaysia menepati masa.

Ali juga mahu sektor awam yang terlibat secara langsung dalam projek tersebut berusaha gigih dalam menentukan kejayaan setiap proses pembangunannya.

“Paling penting, projek itu dilaksanakan dengan jayanya dan dapat beroperasi pada 2026,” katanya kepada Bernama.

Memorandum Persefahaman (MoU) projek HSR antara Singapura dan Malaysia ditandatangani pada 19 Julai, 2016.

Beliau berkata, kedua-dua negara sedang berunding sebelum memuktamadkan perjanjian itu pada Disember ini.

Ali berada di Singapura baru-baru ini untuk menghadiri Program Sukan Perkhidmatan Awam ke-39 dan Seminar Bersama Kelapan Pemimpin Perkhidmatan Awam Singapura dan Malaysia.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, sebelum ini bahawa HSR merupakan projek mega berpelaburan besar dan berjangka panjang, oleh itu, kelancaran pelaksanaannya adalah amat penting.

Pada Julai lepas, Lee berada di Malaysia untuk menyaksikan penandatanganan MoU HSR bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Najib dan saya bersetuju bagi pembangunan HSR yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura pada tiga tahun lepas. Sejak itu, para pegawai kami bertungkus lumus melewati beberapa tempoh Ramadan dan Hari Raya untuk mencapai persetujuan membabitkan isu-isu penting.

“Kita perlu bekerjasama secara erat dalam banyak keputusan bersama serta isu (membabitkan) pelaksanaannya. Najib dan saya akan memberi sepenuh perhatian terhadapnya kerana kita mahu projek besar ini dilaksanakan dengan betul,” katanya.

Projek HSR membabitkan landasan sepanjang 350km itu akan mengurangkan masa perjalanan kepada 90 minit antara kedua-dua bandar raya, dengan kelajuan lebih 300km/sejam.

Di Singapura, terminal HSR terletak di Jurong Timur, manakala di Malaysia ia mempunyai tujuh stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Kereta api pertama dijangka memulakan operasi pada 2026. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaHSR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kiblat Umat Islam Sedunia Dibersihkan Hari ini

Next Post

Ban Pecah Dapat Dielakkan Sekiranya Aduan Diambil Berat

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

23/11/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura disegerakan bagi memastikan ekonomi negeri...

Next Post

Ban Pecah Dapat Dielakkan Sekiranya Aduan Diambil Berat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd