Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tiga Hari Tidak Makan,...

GEORGE TOWN - "Tiga hari saya tak makan, tak tidur bila dapat tahu...

BNM Keluarkan Duit Syiling...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena...

Status Setiausaha Kedua Kedutaan...

KUALA LUMPUR - Hyon Kwang-song, yang dikenal pasti polis sebagai Setiausaha Kedua di...

Atikah Suhaime Serius Mahu...

PELAKON baharu kelahiran Singapura, Atikah Suhaime kini serius mahu menempa nama sebagai penyanyi. Justeru Atikah...

Kiblat Umat Islam Sedunia Dibersihkan Hari ini

MAKKAH – Kerajaan Arab Saudi hari ini akan menyempurnakan upacara membersihkan Kaabah.

Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal akan mengetuai kerja membasuh Kaabah bagi pihak penjaga dua masjid utama, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Difahamkan Putera Khaled bersama pembesar negara akan membersihkan dinding di bahagian dalam Kaabah menggunakan kain yang dicelup ke dalam campuran air Zamzam dan haruman Oud.

Sementara itu, Kiswa iaitu kain yang menutupi Kaabah di sudut Hajar Aswad dan bahagian tepi Meezab (saluran air di atas kaabah) telah dihiasi dengan emas sejak semalam

Antara pengiring yang menemani Putera Khaled termasuk Ketua Umum Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais.

Antara lain menteri, ulama, penjaga Kaabah, anggota Kor Diplomatik Islam, penduduk tempatan dan jemaah juga turut serta dalam upacara permbersihan kaabah.


Upacara pembersihan Kaabah dilakukan adalah bersandarkan kepada perbuatan Nabi Muhammad S.A.W yang membasuh Kaabah ketika pembukaan kota Makkah.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan proses mencuci Kaabah hanya dijalankan sekali setahun, iaitu pada awal Muharram, berbanding dua kali sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori