• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kongsi Maklumat, Tangkis Ancaman Penerbangan

oleh AK-47
25/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa anggota komuniti penerbangan antarabangsa supaya saling berkongsi maklumat berkaitan keselamatan untuk menumpaskan sebarang kemungkinan ancaman terhadap penerbangan dan lapangan terbang.

Beliau berkata adalah penting bagi negara dan agensi terbabit berganding bahu dalam memberi penekanan kepada mekanisme berkenaan untuk menangkis risiko seperti itu.

Berikutan peningkatan dalam ancaman keganasan dan siber, beliau berkata keselamatan adalah perkara yang perlu diberi keutamaan.

“Saya sesungguhnya percaya bahawa dengan bekerjasama sebagai sebuah pertubuhan yang kolektif, ia akan membantu memastikan dan mempertingkatkan keselamatan penumpang udara di seluruh dunia,” kata Liow kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Sedunia Mengenai Keselamatan Penerbangan (AVSEC) ke-25 di sini hari ini.

Lebih 400 pakar keselamatan menyertai AVSEC tahun ini, termasuk daripada pengurusan penerbangan dan lapangan terbang, konsultan keselamatan penerbangan, anggota keselamatan selain wakil daripada agensi dan badan kerajaan seluruh dunia.

Sementara itu, Liow berkata Malaysia mahu Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) melaksanakan peranan dalam menyediakan maklumat kepada semua penerbangan berkaitan penerbangan merentasi laluan di zon konflik.

“Saya mahu ICAO menjadi peneraju dalam memberi maklumat kepada semua penerbangan berhubung keselamatan ketika terbang di laluan merentasi zon konflik… semua pesawat perlu tahu sama ada mereka boleh terbang di sepanjang laluan itu atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata Malaysia komited untuk mewujudkan ruang udara yang selamat bagi sektor penerbangan awam global, dan menambah, kerjasama sebagai sebuah pertubuhan kolektif akan membantu memastikan dan mempertingkatkan keselamatan penumpang udara di seluruh dunia.

Mengenai keselamatan di lapangan terbang di seluruh dunia, beliau berkata mereka sentiasa bersedia dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan ekoran serangan di lapangan terbang di Brussels, Belgium, dan Turki baru-baru ini.

“Adalah mustahak bagi kementerian dalam negeri untuk memberi kami (kementerian pengangkutan) semua maklumat (berkaitan)… kita perlu memastikan keselamatan penumpang,” kata Liow.

Persidangan tiga hari itu dianjurkan bersama oleh ICAO, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa dan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa. – BERNAMA

Tags: ancamankeselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

Kehadiran Polis Demi Keselamatan, Tidak Berpihak Mana-Mana Pihak – Alzafny

Kehadiran Polis Demi Keselamatan, Tidak Berpihak Mana-Mana Pihak – Alzafny

05/06/2026
0

SEREMBAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan kehadiran anggota dan pegawai polis di kawasan pintu masuk Balai Rasmi Tunku Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd